Profail SK Bangi



Pelancaran Program Guru Penyayang 2015


Karate datang sekolah buat demonstrasi




PMD Tahun 6

Dua slot khas sebelum rehat di isi oleh guru-guru mata pelajaran, 2 slot berikutnya selepas rehat disempurnakan oleh GBSM. Antara perkara yang menarik bagi tahun ini ialah pengisian program hypnoterapi yang membuatkan majoriti murid kembali mendapat suntikan semangat baru untuk belajar. 

Mereka juga telah berazam ingin belajar gaya baru, gaya seorang insan cemerlang dimasa depan. Inilah kekuatan PMD kali ini. Pn.Azila turut memainkan peranan penting dalam memahamkan murid tentang pentingnya fokus dalam pembelajaran. Aktiviti game santai tetapi bermakna menghiasi jadual. Penutupan dengan perkemas azam dan tekad yang datang dari otak sub concius mind adalah lebih kuat 10 kali ganda berbanding azam yang ditulis atas permukaan kertas.


Bantuan Mangsa Banjir

Pihak Sekolah telah berjaya membuat kutipan untuk menbantu mangsa banjir. Bantuan Ini diserahkan kepada Cikgu Amin untuk dibawa Ke Pantai Timur.

JADUAL TERKINI

Jadual terkini kelas tahun 2015 sudah pun di muat naik ke serve skbangi. Boleh dapatkan di sini, http://skbangi01.blogspot.com/p/jadual-2015.html

Pada 24 Januari 2015 juga pihak admin  telah menghantar SMS kepada semua ibu bapa yang sudah mendaftar. Sila maklumkan kepada admin di 01110815141  jika anda tidak menerima SMS tersebut.

Perjumpaan Ibu Bapa : Cakna Waris

23 JAN 2015 : SK BANGI. Pihak sekolah menganjurkan perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6 atas nama Cakna Waris. Dalam perjumpaan ini 88% kehadiran ibubapa. Kehadiran yang sangat memberangsangkan kan. Menandakan semangat ibu bapa yang amat kuat pada tahun ini.

Acara dimulakan dengan ceramah motivasi dari Guru Bimbingan berkisar 8S Tips Penting Menggapai Kecemerlangan

Hadirin dari ibu bapa dan guru-guru


Puan Hurul Ain Abd Halim selaku PK 1 berada di hadapan sekali.
 YDP PIBG DR Ridzuan Yaacob turut hadir dan memberikan ceramah Sarana IbuBapa
 En.Norazmi Md Isa selaku guru besar memberikan ucapan laporan dan harapan untuk tahun 2015.
 YDP berkongsi rahsia kejayaan melalui pengalaman beliau belajar dan mendidik anak-anak.
Antara tenaga penting di belakang tabir yang mengurus UPSR saban tahun.

Penceramah dalaman hari ini

 Guru Besar memerhatikan YDP sedang berucap di atas pentas,
 KP BM sedang memberikan ucapan.
 Diiringi ucapan KP BI. Semangat berkobar-kobar yang tidak mudah luntur
 KP Sains ambil alih
KP Mate yang penuh pengalaman


 Penyelaras naik berucap...hadirin terpaku mendengar,
 Ikrar dari murid kelas Serasi dan Kreatif
Ikrar dari murid kelas Bestari dan Aspirasi

PMD 2015 : Satu Momentum Baru

Program Maju Diri (PMD) 2015 berjalan dengan mulus sekali, bahkan ada penambahan program yang baharu dan pengurangan beberapa program. Ini kerana waku persekolahan telah di anjak lantaran musibah banjir yang melanda negeri-negeri di pantai timur.

Setiap aliran tahun di isi dengan 2 slot mata pelajaran PMD sebelum rehat, setelah rehat di ikuti program gamifikasi berilmu yang dikendalikan Puan Azila, manakala En.Noorhisham pula mengambil alih untuk sesi hypnoterapi.

Sesi ini penting dan sangat baik untuk membentuk matlamat murid datang ke sekolah.















Sambutan Maulidur Rasul

SK Bangi akan menganjurkan Acara Sambutan Maulidur Rasul 2015 pada hari Jumaat 23 Januari 2015 ini di dataran perhimpunan. Ceramah akan disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, En.Noorhisham.

Murid tahun 6 pula terlibat dengan program Maju diri selepas selesai acara sambutan di atas.

Program CAKNA WARIS

Makluman Program Cakna Waris untuk ibubapa dan murid tahun 6 seperti berikut :

Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga selesai.



8:30-9:00 : Ceramah Keibubapaan , Oleh En.Noorhisham Hamzah (GBSM)
9.00-12.30 : Taklimat UPSR

Program Maju Diri

Program Maju Diri (PMD)

Tahun 4 : 21.1.2015
Tahun 5: 22.1.2015
Tahun 6 : 23.1.2015

Pada hari berkenaan murid tahun berkenaan hanya bawa buku

1.bacaan pegun
2. Buku catatan nota
3. Mata pelajaran pertama

Kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Faktor Trigger : Penghalang Utama Penagih Berhenti


Oleh : Noorhisham bin Hamzah,
Alumni
SPADA, Special Programme Alcohol and Drug Abuse
Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, USIM, 2009

Ada 5 Faktor Utama menyebabkan seorang penagih dadah tidak dapat berhenti dari penagihan. 3 Menurut World Health Organisation (WHO) Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan 2 lagi pengakuan para penagih sendiri.

People
Seorang penagih tidak boleh bertemu dengan seseorang yang menyebabkan dia menagih dadah, contoh rakan-rakan yang mengajaknya menagih atau sama-sama menagih. (Rakan Sepenagihan)

Atau seseorang yang dia benci. Contoh Ayahnya, kerana kebencian pada ayahnya itu menyebabkan dia lari dan menjadi penagih dadah. Imbauan kenangan silam menyebabkan otaknya kembali segar untuk merasakan dadah semula. Dengan itu, penagih mesti di jauhkan dengan rakan-rakan sepenagihannya, dalam agama mengajarkan HIJRAH. Sebab itulah, mereka yang bebas dari pusat serenti dan penjara digalakkan untuk berhijrah ke tempat baru bagi memulakan kehidupan baru.

Places
Tempat-tempat yang pernah menjadi sarang penagihan seperti semak, bawah tangga, bilik kecil, hotel dan lain-lain yang pernah mereka kunjungi akan kembali memanggil jiwa mereka untuk kembali menagih jika terpandang lokasi tersebut. Biasanya penagih murahan akan menjadi semak, tandas dan lain-lain tempat sebagai lokasi mereka menyuntik atau menghidu gam. Namun penagih kelas VIP seperti syabu, mereka tidak lagi menagih disana, akan tetapi mereka menyewa hotel dengan bayaran dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana faktor syabu  meruap dan amatlah rugi bagi mereka jika wap itu keluar begitu saja, kerana harga syabu terlalu mahal.

Things
Alat-alat yang pernah digunakan bersangkutan dengan penagihan, seperti sudu, dapur (istilah bagi penagih), jarum suntikan, timah, liter, mancis, dan lain-lain. Kerana itu, katanya semua alat-alat itu tidak digalakkan untuk ditampal dalam poster. Kerana penagih akan menjadi semakin seronok dan depomin di otak mereka kembali subur. Namun bagi manusia biasa seperti kita dan anak-anak sekolah, tidak mendatangkan apa-apa keinginan pun untuk menjadi penagih. Saya kurang bersetuju dengan arahan supaya tidak ada gambar jarum di poster. Ini pendapat mereka yang tidak belajar secara mendalam berkaitan dadah.

Bau
Menurut para penagih, bau yang pernag mereka cium dan hidu akan mendatangkan kesan untuk relapse (kembali menagih) sangat tinggi. Bau bakaran syabu dan heroin akan membuat mereka boleh kembali menagih dalam masa yang sangat singkat.

Nombor Telefon
Nombor-nombor yang pernah menjadi nombor penting dalam hidup mereka pun di akui sangat berpengaruh.

Jika kita melihat kepada fungsi otak, otak sedar dan separa sedar. 82 % hidup manusia ini dikontrol untuk otak separa sedara. Penagih dadah, adalah mereka yang juga dikuasai oleh otak separa sedar. Jika ada keinginan mereka untuk berhenti, itu adalah lahir dari otak sedar, namun mereka akan terus-terus kalah kerana pengaruh otak besar (sub concius mind) lebih kuat berbanding otak kecil.

Demikian Catatan saya sebagai bahan ceramah 5 minit anti dadah. Silakan kongsi.

Ladap (1) 2015 SKPM.

BANGI: 17 JAN 2015. Unit LADAP SK Bangi hari mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru. Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan guru-guru aspek aspirasi negara hari ini.


PEMBENTANG : SISC+ 
Pn.Norziah PPD Hulu Langat




Guru-guru yang bersemangat waja
Pn Norziah sedang menunjuk cara untuk mendapatkan kerjasama dari semua peserta

LAPORAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI
BILANGAN 1 2015
TARIKH : 17 JANUARI 2015
MASA : 10:00-13:00