PMD Tahun 6

Dua slot khas sebelum rehat di isi oleh guru-guru mata pelajaran, 2 slot berikutnya selepas rehat disempurnakan oleh GBSM. Antara perkara yang menarik bagi tahun ini ialah pengisian program hypnoterapi yang membuatkan majoriti murid kembali mendapat suntikan semangat baru untuk belajar. 

Mereka juga telah berazam ingin belajar gaya baru, gaya seorang insan cemerlang dimasa depan. Inilah kekuatan PMD kali ini. Pn.Azila turut memainkan peranan penting dalam memahamkan murid tentang pentingnya fokus dalam pembelajaran. Aktiviti game santai tetapi bermakna menghiasi jadual. Penutupan dengan perkemas azam dan tekad yang datang dari otak sub concius mind adalah lebih kuat 10 kali ganda berbanding azam yang ditulis atas permukaan kertas.