MAJLIS RUMAH TERBUKA SK BANGI

MAJLIS RUMAH TERBUKA SK BANGI
Semua ibubapa dan penjaga dijemput hadir.

KEM BINA SAHSIAH 2013 (25 & 26 OKTOBER 2013)










Kem Bina Sahsiah 2013 merupakan program anjuran bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi. Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Unit Disiplin. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mempunyai sahsiah yang terpuji dan menjadi murid yang berdisiplin.

Pengisian program adalah seperti penekatan kepada bimbingan Fardhu Ain, solat wajib berjemaah, solat sunat berjemaah (termasuk Qiamullail), riadah, ceramah motivasi dan ceramah keibubapaan.

Murid-murid dan ibu bapa yang hadir memberi kerjasama yang baik dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan penglibatan yang lebih baik lagi.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kem Bina Sahsiah 2013.