Ceramah Penghayatan Cinta Rasul

BANGI: Program Kem Gemilang UPSR berlangsung selama 3 hari bermula Isnin - Rabu 30 April 2014 di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Sasaran murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR tahun ini. Pn.Norina selaku Penyelaras Program telah menyatur banyak program untuk membantu kecemerlangan anak-anak di SK Bangi.

Murid datang ke sekolah seperti biasa pada waktu pagi kemudian sambung belajar diwaktu petang hingga malam.

Pada waktu Maghrib dan Isyak mereka sembahyang berjamaah di Surau Az-Zahrah. Dicelah-celah antara Margrib dan Isyak pengisian majlis ilmu disampaikan oleh guru-guru bertugas.

Pada malam terakhir, Cikgu Noorhisham selaku penceramah telah menyampaikan ceramah bertenaga berkisar tentang Cinta Rasul. Kupasan Surah Al-Ahzab ayat 56 menyuruh kita selaku umat Islam sentiasa berselawat dan memberi salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Penceramah mengaitkan kematian manusia itu ada 4 jenis.

1. Meninggalnya manusia seperti haiwan.
2. Meninggalnya manusia dalam keadaan kurus kering.
3. Meninggalnya manusia seperti orang sedang tidur.
4. Meninggalnya manusia, secara nyata dia meninggal, namun tidak meninggal.

Dalil disampaikan melalui nash Al-Qur'an dan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai "taukid" kepada 4 jenis kematian di atas. Ibu bapa mengharapkan agar murid mengambil iktibar dan pengajaran dari ceramah ini. Untuk menjadi hamba yang cintakan Rasul, kita perlu mengikuti jejak langkah Nabi dalam semua aspek kehidupan yang disarankan.