SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TAHUN 1 AMBILAN 2018

  • Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu ambilan 2018 akan dibuka mulai 16 Julai 2017 bagi negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Manakala negeri - negeri lain pada 1 Ogos 2017.
    Klik sini untuk semakan. Terima kasih.


MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK BANGI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekolah Kebangsaan Bangi akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SKB 2017 pada :

*Hari : Khamis*
*Tarikh : 13 Julai 2017*
*Masa : 9.30 - 12.45 tgh*

Kedatangan murid adalah seperti biasa pada jam 7.30 pg.

      Pakaian : *baju raya*
      Kasut.    : *kasut sekolah*

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih.

KARNIVAL FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH 2017

24 Mei 2017, Rabu. Karnival Futsal dan Bola Jaring Prasekolah telah diadakan di Uptown Sports Sg. Ramal, Kajang anjuran PPD Hulu Langat. Murid-murid yang terlibat adalah seperti berikut:

 Futsal
1.Hariz Izz
2.Rayyan Iffat
3. Rayyan Zikri
4. Iqbal
5. Syafie
6. Isyraf
7.Eiman Adwa

Bola jaring
1. Aleesya Dania
2. Airen Safiya
3. Siti Shuhada
4. Siti Hanisah
5. Damia
6. Qaseh
7. Shafizah




JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017





PELANCARAN BULAN BAHASA ARAB

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Arab diadakan pada 8.5.2017 yang lalu disempurnakan oleh Puan Hasnah, Guru Besar SK Bangi.



KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari telah diadakan pada 27 dan 28 April yang lalu. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat. Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. BOS Towards Excellence.

KARNIVAL KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM




Karnival Kokurikulum Unit Beruniform telah dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 13 Mei 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 12.00 tgh

Acara yang dipertandingkan
1. Pertandingan Kawat Kaki
2. Pertandingan Masakan
3. Pertandingan ikatan dan simpulan
4. Pertandingan Mewarna Logo


LATIHAN PERSONEL KURSUS ASAS SELAM SKUBA

Sabtu, 6.5.2017. Latihan Personel Kursus Asas Selam Skuba dijalankan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor dihadiri oleh guru-guru kakitangan sekolah dan AJK PIBG. Tahniah dan syabas kepada yang menyertainya.


PROGRAM SEHARI BERSAMA SKUAD PALMA UKM

6 Mei 2017, Sabtu. Belajar dengan alam sekitar. Program Sehari Bersama Skuad Palma UKM anjuran Pintar Foundation bersama SRA Batu 3 dan SK Cyberjaya. Semoga pengalaman ini dapat diaplikasi dalam pembelajaran. Terima kasih kepada fasilitator yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa mahasiswi dan guru pengiring yg terlibat menjayakan program ini.



KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANGI




3 Mei 2017, Rabu. Cuti Peristiwa sempena "KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANGI 2017" di SK BANGI. Semua murid bercuti kecuali murid yang terlibat dengan karnival sahaja.