Faktor Trigger : Penghalang Utama Penagih Berhenti


Oleh : Noorhisham bin Hamzah,
Alumni
SPADA, Special Programme Alcohol and Drug Abuse
Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, USIM, 2009

Ada 5 Faktor Utama menyebabkan seorang penagih dadah tidak dapat berhenti dari penagihan. 3 Menurut World Health Organisation (WHO) Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan 2 lagi pengakuan para penagih sendiri.

People
Seorang penagih tidak boleh bertemu dengan seseorang yang menyebabkan dia menagih dadah, contoh rakan-rakan yang mengajaknya menagih atau sama-sama menagih. (Rakan Sepenagihan)

Atau seseorang yang dia benci. Contoh Ayahnya, kerana kebencian pada ayahnya itu menyebabkan dia lari dan menjadi penagih dadah. Imbauan kenangan silam menyebabkan otaknya kembali segar untuk merasakan dadah semula. Dengan itu, penagih mesti di jauhkan dengan rakan-rakan sepenagihannya, dalam agama mengajarkan HIJRAH. Sebab itulah, mereka yang bebas dari pusat serenti dan penjara digalakkan untuk berhijrah ke tempat baru bagi memulakan kehidupan baru.

Places
Tempat-tempat yang pernah menjadi sarang penagihan seperti semak, bawah tangga, bilik kecil, hotel dan lain-lain yang pernah mereka kunjungi akan kembali memanggil jiwa mereka untuk kembali menagih jika terpandang lokasi tersebut. Biasanya penagih murahan akan menjadi semak, tandas dan lain-lain tempat sebagai lokasi mereka menyuntik atau menghidu gam. Namun penagih kelas VIP seperti syabu, mereka tidak lagi menagih disana, akan tetapi mereka menyewa hotel dengan bayaran dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana faktor syabu  meruap dan amatlah rugi bagi mereka jika wap itu keluar begitu saja, kerana harga syabu terlalu mahal.

Things
Alat-alat yang pernah digunakan bersangkutan dengan penagihan, seperti sudu, dapur (istilah bagi penagih), jarum suntikan, timah, liter, mancis, dan lain-lain. Kerana itu, katanya semua alat-alat itu tidak digalakkan untuk ditampal dalam poster. Kerana penagih akan menjadi semakin seronok dan depomin di otak mereka kembali subur. Namun bagi manusia biasa seperti kita dan anak-anak sekolah, tidak mendatangkan apa-apa keinginan pun untuk menjadi penagih. Saya kurang bersetuju dengan arahan supaya tidak ada gambar jarum di poster. Ini pendapat mereka yang tidak belajar secara mendalam berkaitan dadah.

Bau
Menurut para penagih, bau yang pernag mereka cium dan hidu akan mendatangkan kesan untuk relapse (kembali menagih) sangat tinggi. Bau bakaran syabu dan heroin akan membuat mereka boleh kembali menagih dalam masa yang sangat singkat.

Nombor Telefon
Nombor-nombor yang pernah menjadi nombor penting dalam hidup mereka pun di akui sangat berpengaruh.

Jika kita melihat kepada fungsi otak, otak sedar dan separa sedar. 82 % hidup manusia ini dikontrol untuk otak separa sedara. Penagih dadah, adalah mereka yang juga dikuasai oleh otak separa sedar. Jika ada keinginan mereka untuk berhenti, itu adalah lahir dari otak sedar, namun mereka akan terus-terus kalah kerana pengaruh otak besar (sub concius mind) lebih kuat berbanding otak kecil.

Demikian Catatan saya sebagai bahan ceramah 5 minit anti dadah. Silakan kongsi.