SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA WARGA SK BANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Datang Ke Sekolah kepada semua murid, anak-anak cemerlang SK Bangi yang baru dan lama...

Guru-guru SK Bangi berbangga menerima kehadiran semua murid ke sekolah. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan prestasi sekolah.

Kepada semua ibu bapa, iringilah langkah anak-anak kalian dengan doa dan redhailah setiap usaha mereka. Anak-anak cemerlang lahir daripada ibu bapa yang hebat.

Semoga kita semua menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. MULAKAN DENGAN NIAT KERANA ALLAH.. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama..