SELAMAT DATANG MURID-MURID BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

31 Disember 2015, SK Bangi melabuhkan tirainya dengan menyambut kedatangan murid-murid baru bagi meneruskan sesi pembelajaran 2016.

Pada hari ini, SK Bangi menerima seramai 25 orang murid Prasekolah dan 158 murid Tahun 1. Program Orientasi dan Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan kehadiran tahun 2016 memberi semangat baru kepada semua dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

"Seribu langkah bermula dengan langkah pertama".

Semoga SK Bangi terus cemerlang.

Terima kasih