PROGRAM MENGGARAP KECEMERLANGAN, MENGGAPAI IMPIAN

7 Ogos 2015 (Jumaat)
Program tahun 6 berlangsung lagi. Program Menggarap Kecemerlangan, Menggapai Impian merupakan salah satu slot di bawah Program Kilauan Bangi. Slot ini melibatkan pembabitan ibu bapa/ penjaga dan murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015.  

Encik Wan Shuib, Penolong Pegawai PPD Hulu Langat sentiasa bermurah hati meluangkan masa bersama barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SK Bangi dalam menjayakan program ini yang bertujuan meningkatkan prestasi UPSR sekolah. Beliau menyampaikan motivasi berdasarkan analisa data pencapaian ujian-ujian yang telah dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dalam program ini. Guru Besar, Encik Norazmi berasa terharu dan amat berbangga di atas sokongan, komitmen dan kesungguhan ibu bapa bersama-sama pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2015.

Semoga usaha yang dijalankan ini diberkati dan membuahkan hasil yang terbaik. InshaAllah....