MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

14 Ogos 2015, Seluruh warga SK Bangi menyambut sambutan Hari Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 dengan bertemakan "Sehati Sejiwa". Majlis dimulakan dengan Nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa yang dipimpin oleh Uztaz Muhammad Salleh, Ucapan oleh En. Muhammed Edzhar selaku PK Kokurikulum merangkap Penyelaras Program seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar,En. Norazmi.

Majlis diteruskan dengan persembahan gimik pelancaran bulan kemerdekaan kemudian disusuli dengan laungan kemerdekaan oleh Guru Besar dan murid-murid, persembahan murid prasekolah dan murid tahun 4 dan 5 di akhiri dengan jamuan di tapak perhimpunan. Semua guru dan murid menikmati juadah yang disediakan bersama-sama di Dataran Perhimpunan.