Info Semasa

terima kasih tuan atas pandangan, pihak sekolah akan meng-update sistem komunikasi setiap masa. Kekeliruan yang timbul sebenarnya akibat kurangnya maklumat awal. yang kedua kita (masyarakat) jadi mainan orang politik. mungkin tuan ingat hari tu diarang umum yuran free....eh eh tau tau bukan semuanya...ketiga. ..pasal pakej..baru tadi saya call guru penolong kanan, jadi begini jawapan beliau,tahun sudah sekolah yang memutuskan yuran,jadi tak sibuk2 kita nak naik turun ppd. tapi tahun ini, lain....caranya pihak ppd panggil wakil sekolah ke ppd, (wakil tu GB, Gb pulak belajar, dihantarnya puan raja sbg wakil)jadi ppd jelaskan tahun ni ada perubahan, pakej a,b dan c. benda tu tjadi dah nak tutup sekolah.bulan 11. bila cikgu yg pegi meeting tu balik...kita kena kumpul pihak pibg, mesyuarat pasal yuran tu...ok dah putus mana yang nak pilih...ops sebelum mesy...punyalah sibuk pengerusi pibg, maklum orang kuat parti....ke sana sini ikut sultan.....bila dah pihak sekolah dan pibg bagi kata putus kena hantar ke PPD lagi....bila ppd dah terima....dia kata OK, baru pihak sekolah boleh maklum ke ibu dan bapa....ops. ...dah cuti rupanya...gitulah tahun ni...agak kelam kabut jugak ya...ditambah lagi guru besar sedang belajar....ambil siswazah..nak kena tunggu dia ada baru boleh itu dan ini.orang lain tak ada kuasa nak buat keputusan.oh ya dlm yuran tu ada pakej A,B dan C. kita ambil pakej B dan rata-rata sekolah lain pun begitu. ini disebabkan pakej A terlalu mahal ketimbang pakej B dan C, saya percaya ramai parent yg setuju dengan pakej yg lebih murah, manakala pakej C murah sedikit dari pakej B, tapi pihak sekolah kena tampung lagi itu dan ini.banyak songeh la orang kata...masalah jugak..so keputusan pakej B lah...BERITA LAINpihak sekolah terima bantuan dari Dato YAP ahli parlimen serdang RM5000 utk baiki pintu.....tapi tuan-2 duit tu tak boleh kita ambil,dia kena past ke kontraktor.. ..alahai. ...kontraktor memang ada datang tengok sekolah, ukur sana sini, tau-tau sampai hari ini dia mhilang diri....gurubesar pergi chek kat DAto Yap Pian Hon...rupanya semua sekolah yang terima bantuan bermsalah yg sama....sennag cerita...biar semua tahu...ini pasal duit....tak cukup la agaknya...ye la dia nak bayar gaji berapa...harga pintu berapa..barang dan naik....soal pagar...macam tu jugak, saya yang di arahkan ambil gambar. kontraktor biar disebut namanya, en.Nazri datang...dia sanggup baiki dan katanya ya,ya..tapi sampai hari ini pun dia tak muncul2 juga,katanya nak bagi kos semua...apa orang kata...alah dia nak cakap dulu berapa kos baiki, kalau dah sekolah setuju baru dia buat.Pekerja sekolahpihak sekolah ada 2 orang pekerja swasta. pak cik amit dan saniran, pak amit ni dah agak berumur....kerja baikpulih macam tu tak mau dia...en.saniran pulak dan tak nak bekerja...dia pindah sekolah Cina..so.....itulah keadaan dan ceritanya.saya sempat syorkan dalam mesyuarat pengurusan 2 hari lepas,nanti tahun 2008. kita buat gotong royong perdana, dan minta tolong parent bantu mana yang patut.BAYARAN TAMBAHANsetakat ni itulah bayaran yang kena tuan dan puan sediakan.... yuran dan buku...tapi ....SILA AMBIL PERHATIAN... bagi anak tahun 5 dan enam...biasanya ada tambahan....ceritanya nanti buka sekolah....pihak penyelaras tahun 6 akan panggil semua ibu dan bapa tahun 6 mll pihak sekolah, kita meeting dan putuskan lagi nak buat ke kelas tambahan...nak buat tak seminar itu dan ini....bila ini dah putus....kena lagi lah bayaran bgantung kadar semasa. BERAPA ye...ini tak tahu lagi, sebab tahun 2007 en,zakuan yg jadi penyelaras, next year,..sure orang lain....jadi cara dan teknik berbeza...jadi kita kena sama-2 hadir meeting nanti. tahun lima pun begitu...bila dah ada keputusan... yang tak hadir automatik terpaksa terima jugalah macam di parlimen...so saya rasa ini dulu....nanti ada perubahan saya akan maklumkan segera.EN.NoorhishamGBSM SK BANGImerangkapPengerusi Majlis Guru Bimbingan Daerah Hulu Langat 2007-2008