Emel dari Haji Khair

Assalamualaikum, Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha saudara menyediakan blok ini untuk kemudahan ibubapa / murid dan juga guru sekolah berkenaan. Usaha saudara sungguh murni, mudah mudahan Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk saudara , keluarga dan warga SK Bangi. Saya tertarik dengan cadangan saudara untuk mengadakan Sesi Melontarkan Pendapat. Ramai kalangan pelajar maupun orang dewasa yang masih tidak berkeyakinan untuk menyuarakan pendapat. Keadaan begini boleh membantutkan sebarang idea untuk di kongsi bagi kebaikan bersama. Begitu juga ramai pelajar mendiamkan diri walaupun mereka ingin tahu / penjelasan, tetapi kerana sikap tidak yakin diri, maka pertanyaan itu terpendam begitu sahaja. Jika sudah di latih / di pecahkan royong nya maka sikap tersebut akan berubah untuk sepanjang hayat nya. Sekian, wassalam