MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016, PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, sesi persekolahan minggu pertama berjalan lancar. Antara program yang diberi perhatian adalah Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang. Antara pengisian yang dijalankan dalam program tersebut adalah :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Lawatan ke sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas 
3. Taklimat disiplin dan peraturan
4. Taklimat keselamatan
5. Bacaan doa
6. Adab dan sahsiah
7. Senamrobik
8. Sukaneka
9. Taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling/Aktiviti Nyanyian (Releksasi)
10. Pengenalan kepada mata pelajaran
dan lain-lain

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan memupuk minat murid tahun satu untuk menjalani proses pembelajaran di sekolah. Dengan aktiviti yang dijalankan diharapkan murid-murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan seronok untuk datang ke sekolah.