LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DAN TAKLIMAT KESELAMATAN SIRI 2 2015

6 November 2015 (Jumaat), Unit Keselamatan SK Bangi telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Taklimat Keselamatan Siri 2 kepada semua warga sekolah. Program ini mendapat kerjasama daripada Pihak Bomba dan Keselamatan, Bandar Baru Bangi diketuai oleh Encik Mazlan bersama-sama 12 anggota bomba yang lain.

Demontrasi menyelamat murid yang terperangkap dalam kebakaran dan memadam kebakaran juga diadakan. Semua murid, guru-guru dan pekerja sekolah berkumpul di padang sekolah.