Makluman Mengenai Tarikh Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks Murid

Peringatan mesra berkenaan perkara di atas :
1. Bagi murid Tahun 1, 2 dan 3, serah buku teks sahaja. Semua buku aktiviti tidak perlu serah (boleh simpan).

2. Bawa beg semasa hari pengagihan buku.

3. Pastikan semua buku teks mencukupi dan dibalut dengan plastik. Jika buku hilang atau rosak, ibu bapa atau penjaga murid perlu menggantikannya dengan buku baru. Pilihan terakhir adalah membayar gantirugi mengikut harga buku teks tersebut.

Diharap mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Daripada Penyelaras SPBT

Puan Nursyukri Hidayati