BENGKEL DALAMAN KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 5 2015

Kesinambungan daripada Program Cakna Waris Tahun 5 yang telah dijalankan bulan Ogos yang lalu, Bengkel Dalam Untuk Kecemerlangan Akademik Tahun 5 telah dijalankan bermula hari ini dan akan berakhir pada 9 Oktober 2015.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Guru-guru Mata Pelajaran teras bertindak sebagai penceramah dengan memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan dan sebagai salah satu kaedah ulangkaji mata pelajaran kepada semua murid tahun 5.

Program ini dijalankan bertujuan sebagai persediaan murid-murid sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini diberkatiNya dan membuahkan hasil yang terbaik sebagai persiapan untuk mengahadapi UPSR 2016.