MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS MUDA

3 Ogos 2015 (Isnin) yang lalu, Unit Pengawas SK Bangi telah mengambil inisiatif untuk membantu dalam pengawasan disiplin sekolah dengan melantik murid-murid dari kalangan murid Tahun 3 sebagai Pengawas Muda untuk menjalankan tugas semasa waktu rehat tahap satu.

Murid-murid dipilih berdasarkan kepada pencalonan daripada guru kelas yang melihat kepada kebolehan dalam kepimpinan, pencapaian yang baik dalam akademik dan sahsiah yang baik.

Tahniah kepada murid-murid yang terpilih. Diharapkan anda semua dapat menjalankan tugas dengan jayanya.