KURSUS ASAS LANJUTAN PRS 2015

20 Ogos 2015 (Khamis) - Seramai 15 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 4 dan 5 SK Bangi telah menyertai Kursus Asas Lanjutan PRS 2015 anjuran bersama UBK SK Bangi, SK Bansar Bukit Mahkota dan SK Bandar Seri Putra bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota.

Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PRS yang telah mengambil bahagian dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan barisan pentadbir dari ketiga-tiga buah sekolah. Semoga kolaborasi ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.