BERITA MINGGU INI

AKTIVITI KOKURIKULUM 

Aktiviti Kokurikulum melibatkan tahap 2 di tangguhkan ke minggu hadapan, ini kerana untuk memberi laluan kepada murid-murid terpaksa berdepan dengan ujian di sekolah rendah agama.

PETIR

Sinar Harian Online melaporkan 2 orang dewasa dilaporkan meninggal dan seorang murid sekolah rendah terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkena panahan petir. Ibu bapa boleh ingatkan anak-anak supaya menunggu di dalam kawasan kantin jika keadaan cuaca kelihatan tidak baik.

SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan hari guru berjalan lancar pada Hari Isnin dengan kerjasama semua murid-murid. Guru-guru akan menikmati jamuan tengah hari di Empress Hotel pada hari Rabu 20 Mei 2015.

PENDAFTARAN SMS SEKOLAH

Kami menerima pendafataran SMS (My School SMS) dari kalangan ibubapa tahun 1. Tahniah kerana anda akan menerima berita semasa lebih cepat dan sampai ke sasaran.