Pelancaran Mentor Mentee Murid Linus

JUMAAT. SK BANGI, Pihak sekolah melancarkan mentor-mentee murid Linus. Seramai 10 orang murid akan dibimbing oleh 10 orang guru. Pembelajaran itu memerlukan usaha yang berterusan, rezeki seseorang tidak sama antara satu sama lain. Ada murid yang cepat pandai, ada yang agak terlambat sedikit walaupun usianya sama dengan kawan yang lain. Tahap pemahaman seseorang juga berbeza, hal ini berlaku sampailah seseorang itu dewasa.

Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat membantu mengurangkan anak-anak didik SK Bangi yang ketinggalan jauh di belakang dari kawan-kawan yang lain lebih maju ke depan.