Kembalinya Bapa Angkat SK Bangi ke alam Baqo

Tn Hj Yaakob sempat hadir ke sekolah pada tahun 2014 buat kali terakhir dalam acara merasmikan Bulan Patriotik

Dukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Yaakob Hj Yusof ( Cikgu Akob ) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi . Beliau merupakan bekas murid SK Bangi yang sempat melalui 3 zaman. SK Bangi menjadikan beliau sebagai bapa angkat sekolah.

Pertemuan Terakhir

Pada 29 Ogos 2014 Beliau sempat hadir ke sekolah memenuhi jemputan pihak sekolah khususnya Guru Besar bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Beliau bercerita tentang sejarah silamnya belajar di sekolah ini. Katanya sudah ramai murid dari sekolah ini yang menjadi manusia hebat, bahkan menjadi ketua-ketua di bahagian tertentu dalam Malaysia.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Serdang. Kepada beliau mari kita bacakan Al Fatihah.