Program Permuafakatan Ibubapa Tahun 6

SABTU : 19 April 2014. BANGI. Sekolah Kebangsaan Bangi telah mengadakan hari perjumpaan dengan guru dan ibubapa murid tahun 6. Awalnya sebelum perjumpaan, Guru Besar dan YDP PIBG telah memberikan ucapan.

Antara kandungan ucapan Guru Besar En.Norazmi bin Md Isa ialah alu-aluan pertama kali memperkenalkan diri sebagai guru besar yang baharu di sekolah ini. Beliau pernah berada di daerah Hulu Langat tepatnya di PPD ditugaskan ke salah sebuah sekolah daerah Gombak. Guru Besar memohon ibubapa bekerjasama untuk mencapai kejayaan buat anak-anak didik di SK Bangi. Tanpa kerjasama dari ibubapa, tak mungkin kejayaan boleh dicapai. Masa keberadaan anak-anak di sekolah dan rumah sangat jauh berbeza. Di sekolah mereka hanya berada antara 5-6 jam sehari. Selebihnya mereka bersama ibu bapa dirumah.

Guru besar juga memohon pihak ibubapa menjaga keselamatan anak-anak, kerana terdapat murid yang tidak menghadiri program koko pada hari Rabu tetapi mereka menaiki komuter pergi ke The Mines. Pihak sekolah sangat risau apatah lagi beberapa kes sejak kebelakangan ini melibatkan kemalangan murid sekolah. Terbaru kes di Sekolah Kebangsaan Ampang, seorang murid tahun 5 meninggal mati lemas akibat hanyut air sungai yang deras ketika terjatuh saat mengambil bola takraw yang terjatuh.


Setelah ucaptama Guru Besar berakhir, YDP PIBG iaitu Dr Redzuan Yaakob berkongsi pengalaman mendidik anak disamping memotivasikan ibubapa yang hadir. Beliau berkata kejayaan yang sebenar tidak boleh diukur semata-mata dengan kejayaan anak di atas kertas peperiksaan. Kejayaan yang sebenarnya ialah apabila anak berjaya mengusung jenazah bapanya masuk ke liang lahad. Dimana inilah makna kejayaan ibu bapa mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dalam akademik dan agama.

Pengalaman beliau selama beberapa tahun di Australia mengambil PHd dipanjangkan dalam sesi "sharing" ini. Antaranya ialah, apabila berlaku kesalahan dalam menyebut satu kalimat, orang Australia tidak akan mengetawakan, sebaliknya hanya membetulkan sahaja. 

Channel ASTRO yang ada sebaiknya digunakan sebaik mungkin.Jangan tukar bahasa Enggeris ke bahasa Melayu ketika menonton, sebaliknya gunakan bahasa Enggeris untuk mempertajamkan lagi "grammar" dan intonasi anak-anak. Minta anak-anak terjemahkan apa yang mereka sedang saksikan. Barulah kecanggihan ICT yang ada boleh memberi manfaat maksimal kepada kita.