Bantuan dari Alumni

BANGI. 23.April 2014. Akibat ketiadaan air, banyak kesusahan yang terpaksa dilalui oleh pihak sekolah, tandas tiada air akan kelihatan kotor, berbau dan kesan peninggalan najis. Beberapa cara telah diambil untuk mengatasi masalah ini seperti memberi laporan kepada pihak PPD dan memanggil pihak Bomba, terakhir pihak sekolah menerima kesediaan alumni SK Bangi yang ingin membantu.

Pada rancangan beliau, 2 gulung paip akan dipasang bermula dari meter terus ke tangki dibawah, dari tangki air akan dipam naik ke atas, kos nya beliau sudi menanggung separuh darinya dan mohon pihak sekolah (PIBG) menampung sebahagian lagi. Ini adalah sumbangan sebagai seorang alumni yang telah semakin berjaya dalam perniagaan.

Terdahulu, En.Shahrom telah berusaha dengan mendapatkan tangki air dan membuat pungutan secara sukarela dari guru-guru SK Bangi. Sumbangan ini bagaimana pun masih belum dapat menampung keperluan seramai 824 orang murid dan 68 orang guru dan staf.

Sejarah air di SK Bangi telah lama, mungkin batang paip yang menyalur air pada waktu dahulu cukup untuk jumlah murid waktu itu, namun sekarang murid bertambah ramai, ditambah lagi dengan krisis air yang kian meruncing, keadaan semakin gawat.

Sumbangan dari anda diperlukan untuk meringankan masalah ini. Pagi ini, kelihatan 2 orang murid lelaki berjalan di luar tandas dengan muka kemerahan, apabila ditanya kenapa, rupanya dia sedang menahan kencing kerana ketiadaan air untuk membasuh. Pihak sekolah juga telah menghantar SMS kepada semua ibubapa yang berdaftar memaklumkan agar anak-anak membawa air untuk keperluan ditandas.