Penghantaran Maklumat Sistem SMS

Assalamu alaikum wr wbt dan Salam Sejahtera,

Menurut USUL dalam mesyuarat Agung PIBG yang lalu, ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sistem penghantaran maklumat dari pihak sekolah kepada ibu bapa melalui sistem SMS.

Ini kerana, banyak maklumat yang disalurkan tidak sampai tepat kepada sasaran. Melalui sistem SMS ini, ibu bapa akan mendapat maklumat secara cepat dan tepat.

Kos yang dikenakan ialah sebanyak RM10.00 setahun (masih dalam perbincangan). Untuk setakat ini pihak AJK PIBG telah bersetuju untuk melantik Cikgu Noorhisham sebagai pengurus. Untuk tindakan awal, borang seperti dibawah akan di photostat dan diedarkan, kemudian ibu bapa mengisi borang persetujuan dan memulangkan kepada guru kelas (untuk diserahkan kepada Cikgu Noorhisham) dengan bayaran seperti yang tertera.


Borang Setuju