Program CikguMu Cantek

BANGI.27 April 2013.SABTU.Hari persekolahan ganti hari ini di isi dengan program CikguMu Cantek. Program ini anjuran PPD Hulu Langat. CikguMu Cantek maknanya Cikgu dan Murid mencari dan memusnahkan jentik-jentik.

Program ini bertujuan agar suasana pembelajaran di sekolah tetap aman ceria bersih cantik dan sihat. Seekor nyamuk Denggi boleh menghilang nyawa mangsanya.Oleh kerana itu, ianya sangat penting.