Kemudahan Telefon Awam

BANGI. 13 Mac 2013. Sebagaimana yang pernah admin tulis disini tidak berapa lama dahulu, telefon untuk kegunaan anak-anak murid bagi tujuan menghubungi ibu bapa sudah pun terpasang di tiang pondok pengawal keselamatan. Kos 20 sen untuk sekali dial bagi 30 saat. Pastikan anak-anak tuan-puan menyimpan syiling untuk tujuan "imergency". Hal ini bagi memudahkan para pelajar menghubungi ibu bapa ketika menunggu ketibaan ibu atau bapa yang belum sampai.

Saya telah mencuba untuk menghubungi ke talian ini,tetapi tidak berjaya, ianya terputus ketika gagang diangkat. Hanya panggilan masuk keluar sahaja yang boleh dilakukan untuk saat ini.