KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

TARIKH :  (25 Januari 2013, Jumaat) Mula pendaftaran jam 3.30 ptg
                             hingga
                   (26 Januari 2013, Sabtu) dijangka tamat program jam 1.00 tengah hari
                 
  Kewujudan pemimpin muda di kalangan murid sekolah amat membantu pihak sekolah dalam melancarkan perjalanan bukan sahaja proses pembelajaran di dalam kelas, malah merangkumi semua aktiviti yang melibatkan akademik dan bukan akademikPemimpin yang dipilih seharusnya mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan sentiasa bermotivasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab bukan sahaja sebagai murid malah menjadi pemimpin muda di sekolah.

Program Kepimpinan Pengawas diadakan bagi meningkatkan motivasi diri pengawas-pengawas dan membentuk sahsiah diri pemimpin yang unggul agar mereka dapat menjadi pemimpin dan contoh yang baik kepada murid-murid lain.

Peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 89 orang peserta yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Makmal Komputer.
   
 Peserta program mula melapor diri bermula jam 3.30 hingga jam 4.00 petang.

Cikgu Mahadi menyampaikan taklimat tentang disiplin diri sepanjang program dan adab semasa berada di dalam surau sebelum program bermula.