Hari Pertama 2009

02 Januari menyaksikan sekali lagi SK Bangi menerima ledakan murid. Kalau tahun 2008 hanya 1,700 orang murid, namun kini mencecah 2000 orang lebih. Hari ini ibu dan bapa datang mendaftarkan anak mereka tahun satu. Hingga kini kelas tahun satu mencapai 11 buah. Proses penyaringan akan diadakan sekali lagi. Dimana semua murid tahun satu akan menghadapi ujian. Hasil ujian ini mereka akan dibahagikan kepada kelas yang sebenar. Berikut beberapa catatan yang sempat lensa syber shoot merakam detik-detik sejarah 02 Januari.
Suasana pagi, ibu dan bapa sibuk mencari kelas untuk anak mereka, sementara guru sibuk memberikan arahan awal. Ada yang tak jumpa-jumpa senarai nama anak mereka masuk kelas mana, dari awal tahun daftar, sampai sekarang tak ada, katanya. Ini warning simpton awal bermulanya masalah-masalah di depan.
Suasana gembira, takut dan macam-macam ada pada anak-anak ini. Ibu bapa yang mempunyai kamera tidak ketinggalan merakam detik-detik indah nan bersejarah dalam hidup anak mereka ini. Harapnya bila besar jadi manusia yang berguna.
Masih ada yang tidak dapat makluman dimana kelas anak mereka. Surat yang patut sampai tak sampai, alamat yang ditulis kadang-kadang posmen tak jumpa pun nak cari, akhirnya dihantar ke sekolah semula.
Murid dibawa masuk ke kelas dan guru memperkenalkan diri kemudian mengagihkan buku kerja. Ada yang menangis hari ini rupanya. Biasalah..... guru dah faham situasi sebegini. Cikgu Shazlina dan Cikgu Nazatul (kiri), bersemangat menginjak tahun baru 2009 Beginilah suasana di tahun satu. Sebelah kanan ini bangunan yang baru siap 2008. Dan ini bangunan baru yang siap dua 3 hari lepas........pasang siap. Ops kunci tak ada lagi. Sekejap saya pergi mendapatkan kuncinya. Guru lelaki sedang memunggah meja untuk dimasukkan ke kelas paling hujung ini. Guru memang kena ada kat sini, tujuan untuk menjaga murid-murid. Ustaz Suzrie dan seorang guru baru pindah sedang memusing meja. Dah seatle, meja sudah diletak tetapi kerusi masih belum ada
Test kipas dan lampu. Wau kipas ada 6 semuanya.
Ops, tiba-tiba Pegawai PPD Daerah Hulu Langat muncul, En.Ismail bin Musa, beliau meninjau bangunan baru. Bila ditanya berapa buah sekolah yang menghadapi saat getir seperti ini? Katanya ini jelah. Tak ada sekolah lain lagi yang macam ni. Berbincang dengan Puan Guru Besar, macam mana nak buat ni, bangunan segera dah ada, kerusi pun cukup, tapi meja yang tak sampai lagi.Kawasan ini baru ditarah, tanah masih tidak berumput dan tidak berpagar. Sebelah kiri ini ialah jalan raya, awas jangan main di sini.
Meninjau kawasan belakang bangunan baru, masih belum selesai sepenuhnya dan masih belum berpagar. Harap anak-anak tidak mendekati kawasan ini, kerana letaknya di tepi jalan raya besar.