Maklum Balas dari Ibu Murid

Terima kasih cikgu di atas maklumat yg sungguh bermakna. Kerjasama dari cikgu amat saya hargai.
Saya cuma ingin membuat teguran tentang pengawal keselamatan lelaki (saya tak pasti berapa orang pengawal lelaki yang dilantik oleh pihak sekolah) yg merokok secara terbuka pada pagi 3 Nov 2008 pukul 7.20 pagi. Ketika itu, saya menghantar anak saya ke sekolah dan sungguh terkejut dengan 'keterbukaan' yang telah ditunjukkan oleh beliau. Pada masa tersebut, beliau berdiri di luar pagar sekolah setentang dengan pos pengawal. Saya juga terfikir, adakah kerana dia merokok di luar kawasan sekolah, ianya boleh dimaafkan. Kebetulan, pada masa tersebut trafik sungguh sibuk dengan ibu bapa yg menghantar anak masing2, van dan bas sekolah juga lalu lalang. Saya rasa tidak manis anak2 kita melihat tingkah laku pengawal keselamatan tersebut.
Namun, saya serahkan kepada budi bicara cikgu dan pihak sekolah. Terima kasih.