MELANGKAH MAJU KE HADAPAN

3 orang guru lagi telah berpindah ke sekolah lain. Mereka ialah Puan Norhayati binti Paimin. Beliau yang menetap di Pelangi Semenyih telah berpindah ke SK Kampung Rinching, Semenyih. Ini menjadikan jumlah guru yang berpindah hujung tahun ini adalah 5 orang termasuk Puan Noorul A'Azian dan Cik Nor Azian, kedua-duanya ke Sabah. Cik Azian bertugas sebagai pensyarah di Tawau. Manakala Pn.Noorul ke Labuan mengikuti suaminya bertugas di sana. Seorang guru lelaki, En.Amir yang baru setahun bertugas di sini berjaya memohon pertukaran ke sekolah yang lain. Hasrat beliau adalah supaya lebih dekat dengan kediamannya. Adapun Puan Zalini dipindahkan ke ke sekolah bandar Baru Bangi atas sebab permintaan sendiri. Kita harapa semua guru dilapangkan usaha mereka di tempat baru. Dan kepada murid-murid yang ditinggalkan, kenangilah mereka sebagai guru mu. Manakala Puan Mazidah telah berjaya menjalani sedikit pembedahan kecil baru-baru. Semoga tuhan memberinya kesihatan yang berpanjangan untuk mendidik anak dan murid yang semakin ramai. Semoga boleh memberi tumpuan yang lebih baik pada tahun ini. En.Hizbullah pula bertugas pada waktu pagi, yang mana sebelum ini beliau bertugas di sesi petang. Penyelaras Tahun Satu Satu perubahan yang agak berprestij, Cik Nor Azlina menerima jawatan Penyelaras Tahun Satu menggantikan Cikgu Raja Khariyah yang telahpun bergelar puan.Satu cabaran dan satu kebanggaan sebenarnya apabila mendapat mandat yang lebih besar. Kejayaan menunai mandat dan amanah tersebut adalah bukti, sesuatu perkara tanpa di lakukan tak akan terbukti hasilnya.Walau bagaimanapun, kita menggulung ucapan tahniah kepada Puan Raja yang telahpun bersara dari jawatan tersebut. Pengalaman dan ilmu beliau, belum ada tandingan di sekolah ini. Guru-guru tahun lima dan enam belum tentu boleh satu yang begitu ramai sekali. Dengan karenah yang bermacam ragam. Siapa yang tidak tahu profesi kecikguan, manalah tahu dia soal pengurusan anak kecil. Pun begitu yang sudah menjadi guru, masih angkat tangan kalau diminta mengurus anak tahun satu. Syabas Puan Raja. Hatijah Ke Mekah Puan Siti Hatijah pula sempat melaksanakan ibadah haji bulan Disember ini. Beliau berangkat bersama dengan suami. Semoga mendapat Haji Mabrur. Pertukaran Nama Jawatan Guru Penyelia Petang yang disandang oleh Encik Naemat telah pun ditukar nama jawatannya kepada Guru Penolong Kanan Petang. Pertukaran ini membabitkan seluruh sekolah. Bilik Pemulihan Bilik Pemulihan Bakal dinobat sebagai Bilik Pemulihan Cemerlang 2008. Ini berikutan kerja-kerja baikpulih sudahpun selesai. Antara barang yang sedang di penuhi ialah Penghawa Dingin, Rak, Radio MP3, Laminater,TV, Pelbagai Alat Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan lain-lain. Gurunya Wan Saiyiedatul ketika dimaklum akan eksistensi biliknya itu, menyatakan rasa gembira dan begitu teruja dengan harapan dari pihak sekolah.