Bimbingan dari Kaunselor

Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru itu terpaksa melapor pada saya. Dengan spontan saya perintahkan semua mereka pergi berwuduk dan solat sunat hajat. Salah seorang mesti menjadi imam. Niat solat hajat diajarkan. Usai solat mereka di ajar berdoa. Program ini berterusan lagi hingga beberapa hari berikutnya. Saya sempat bertanya pada guru yang diganggu, bagaimana keadaan mereka setelah didenda. Guru mengakui memang mereka ada sedikit perubahan. Oh ya, selepas hari pertama didenda sebegini, saya berultimatun, kamu kena buat macam ni lagi besok hingga saya berpuas hati. Ini sebab mereka duduk dalam kelas pun mengganggu rakan lain. Tau-tau besok, bila guru tersebut masuk, mereka sendiri bangun dan minta izin keluar.Ke mana? Cikgu Hisham suruh solat hajat.
Saya gembira, walaupun mereka didenda secara zahirnya, akan tetapi mereka sebenarnya menerima bimbingan. Antara bimbingan yang mereka terima :
1.Bagaimana berwuduk cara sempurna.
2.Macam mana niat solat hajat.
3.Macam mana kaifiat solat hajat.
4.Apa bacaan-bacaan dalam solat hajat.
5. Apa doa yang patut dibaca.
Kesemua ini saya bimbing seorang demi seorang. Kini beberapa hari lagi mereka akan menginjak ke tahun 6, secara automatik mereka berdepan dengan UPSR. Adalah harapan semoga tiada lagi kekacauan dalam kelas.
==================================================================
Coretan dari Cikgu Linda ; SMK Kajang Utama
==================================================================
Tahniah atas pendekatan yang dilakukan... saya setuju sangat kita berikanpendekatan yang islamik sebegini..cuma untuk menengah atas agak payahsket..maklumlah ego mereka tinggi...pernah saya suruh mereka ambilwudhu' sahaja mcm2 persepsi mereka kata...tapi buat juga dalam keadaantidak redha..mungkin saya perlu tingkatkan dendaan sebegini...berterus anmacam hisham buat...saya pernah mengikuti pengakuan seorang pengetuayang membuat dendaan solat sunat taubat untuk student keras kepala dandegil ini.Alhamdulillah ada kesan...budak India pula saya selalu bacakanAl Fatihah dan buat2 sapu atas kepala dia...saya kata mahu bagi baiknanti tuhan sayang..tapi sebenarnya kesannya jangka panjang...ada suatukes ustaz tu suka bacakan Al Fatihah dan hembus di kepala pelajar Indiadan akhirnya bila dah habis sekolah budak tu datang balik suruh ustazajar apa ayat yang selalu dia buat sampai dia lulus peperiksaan. .hikmahyang kita nampak....dan budak India tu pun dah jadi manusia yang baiksekarang.... .Bimbingan satu proses jangka panjang