SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TAHUN 1 AMBILAN 2018

  • Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu ambilan 2018 akan dibuka mulai 16 Julai 2017 bagi negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Manakala negeri - negeri lain pada 1 Ogos 2017.
    Klik sini untuk semakan. Terima kasih.


MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK BANGI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekolah Kebangsaan Bangi akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SKB 2017 pada :

*Hari : Khamis*
*Tarikh : 13 Julai 2017*
*Masa : 9.30 - 12.45 tgh*

Kedatangan murid adalah seperti biasa pada jam 7.30 pg.

      Pakaian : *baju raya*
      Kasut.    : *kasut sekolah*

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih.

KARNIVAL FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH 2017

24 Mei 2017, Rabu. Karnival Futsal dan Bola Jaring Prasekolah telah diadakan di Uptown Sports Sg. Ramal, Kajang anjuran PPD Hulu Langat. Murid-murid yang terlibat adalah seperti berikut:

 Futsal
1.Hariz Izz
2.Rayyan Iffat
3. Rayyan Zikri
4. Iqbal
5. Syafie
6. Isyraf
7.Eiman Adwa

Bola jaring
1. Aleesya Dania
2. Airen Safiya
3. Siti Shuhada
4. Siti Hanisah
5. Damia
6. Qaseh
7. Shafizah




JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017





PELANCARAN BULAN BAHASA ARAB

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Arab diadakan pada 8.5.2017 yang lalu disempurnakan oleh Puan Hasnah, Guru Besar SK Bangi.



KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari telah diadakan pada 27 dan 28 April yang lalu. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat. Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. BOS Towards Excellence.

KARNIVAL KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM




Karnival Kokurikulum Unit Beruniform telah dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 13 Mei 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 12.00 tgh

Acara yang dipertandingkan
1. Pertandingan Kawat Kaki
2. Pertandingan Masakan
3. Pertandingan ikatan dan simpulan
4. Pertandingan Mewarna Logo


LATIHAN PERSONEL KURSUS ASAS SELAM SKUBA

Sabtu, 6.5.2017. Latihan Personel Kursus Asas Selam Skuba dijalankan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor dihadiri oleh guru-guru kakitangan sekolah dan AJK PIBG. Tahniah dan syabas kepada yang menyertainya.


PROGRAM SEHARI BERSAMA SKUAD PALMA UKM

6 Mei 2017, Sabtu. Belajar dengan alam sekitar. Program Sehari Bersama Skuad Palma UKM anjuran Pintar Foundation bersama SRA Batu 3 dan SK Cyberjaya. Semoga pengalaman ini dapat diaplikasi dalam pembelajaran. Terima kasih kepada fasilitator yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa mahasiswi dan guru pengiring yg terlibat menjayakan program ini.



KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANGI




3 Mei 2017, Rabu. Cuti Peristiwa sempena "KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BANGI 2017" di SK BANGI. Semua murid bercuti kecuali murid yang terlibat dengan karnival sahaja.













AMSA COMMUNITY SERVICE

29 dan 30.4.2017. Program bersama pelajar UKM. Hanya murid yg terlibat sahaja. Ibu bapa dan guru yang hadir boleh menjalani pemeriksaan darah, gula dalam darah dan BMI secara percuma.

PENCAK SILAT INTERNATIONAL GAME 2017 SINGAPORE

Tahniah kepada Muhammad Faris Zakwan kerana terpilih mewakili Malaysia dalam 1st Pencak Silat International Game 2017 di Singapura. BOS Towards Excellence.

JEBAT MINIBIKE CHALLENGE 2017

Tahniah kepada adik Farid Hakimi tahun 5 yang menyertai Jebat Minibike Challenge 2017 pada 30 April 2017 yang lalu. BOS Towards Excellence.



KEJOHANAN BoWLING TENPIN MSSD HULU LANGAT




Syabas dan tahniah kepada adik Mohd Danish 8 tahun kerana menduduki tempat ke 5 dalam Kejohanan Bowling Tenpin MSSD Hulu Langat 2017 yg telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2017 yang lalu.

 

KEJOHANAN TENIS SEKOLAH RENDAH MSSD HULU LANGAT

Syabas dan tahniah kepada Team Tenis SK Bangi atas kejayaan dalam Kejohanan Tenis Rendah MSSD Hulu Langat
Johan Beregu Lelaki
Naib Johan Single Lelaki
Naib Johan Beregu Perempuan
Tempat Ke 3 Single Lelaki
Tempat Ke 3 Single Perempuan

Terima Kasih tidak terhingga kepada Jurulatih Tenis SK Bangi, Pn. Nora bt. Ibrahim atas dedikasi dan usaha keras melatih dan menguruskan team Tenis SK Bangi.. Semoga terus cemerlang ke peringkat seterusnya.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


GOTONG-ROYONG PERDANA SK BANGI ANJURAN BERSAMA UNIT HEM DAN PIBG

15 April 2017, Gotong Royong Perdana SK Bangi. Jutaan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan komuniti setempat yg hadir dan menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan berterusan.



KEJOHANAN SUKANEKA SK BANGI 2017




PELANCARAN PROGRAM THE CHAMPION

10.4.2017, Pelancaran Program The Champion 2017 oleh Encik Wan Shuib bin Wan Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan, PPD Hulu Langat. Terima kasih kepada semua ibu bapa murid tahun 6S yg hadir dan tahniah kepada murid-murid yang mendapat lencana The Champion. Semoga kecemerlangan dapat ditingkatkan lagi.

KAJIAN BERAT BEG MURID OLEH BAHAGIAN BUKU TEKS KPM

11.4.2017, terima kasih kepada semua murid yang terlibat dlm Kajian Berat Beg Murid oleh Bahagian Buku Teks KPM.

PERHIMPUNAN RASMI DIKENDALIKAN OLEH PANDU PUTERI

Perhimpunan Kokurikulum ke-2, dikendali oleh Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.





TAHNIAH PESERTA LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA DAN PERAK

7 hingga 8 April 2017 di SK Saujana Impian. Tahniah pada semua Peserta Lencana Kemajuan Keris Gangsa dan Perak. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Kumpulan 24 SK Bangi menjaga murid-murid SK Bangi sepanjang program dijalankan. Alhamdullilah.


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2017

Klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

MTQ ZON BANGI DAERAH HULU LANGAT 2017


Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Akhyar Bin Khairul Anwar yang mendapat Johan dalam Pertandingan Hafazan Lelaki Majlis Tilawah Al-Quran Zon Bangi pada 13 Mac 2017 di SK Kajang Utama.

  

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KETIGA BULAN MAC KELOLAAN UNIT PENGAKAP SK BANGI

 

.    
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penyelaras Badan Beruniform dan Unit Pengakap Kumpulan 24 atas pengendalian Perhimpunan Kokurikulum Kali Pertama pada tahun ini. Semoga usaha ini berterusan dan mendapat komitmen lebih baik daripada semua pihak. Terima kasih.