MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ZAKAT OLEH PIHAK UEM SUNRISE BERHAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali ke sekolah selepas bercuti selama 2 minggu. Kini kita berada di penggal ke dua persekolahan, semoga murid-murid SK Bangi semakin bersemangat untuk menimba ilmu dan meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum masing-masing.

Hari ini, 13 Jun 2016 (Isnin) Alhamdulillah sekali lagi SK Bangi didatangi oleh pihak UEM Sunrise Berhad bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat buat kali ke 3 kepada murid yatim, asnaf dan miskin SK Bangi. Majlis disempurnakan oleh En. Azhar bin Othman CFO UEM Sunrise Berhad. Beliau hadir bersama 3 orang lagi pegawai. Seramai 53 orang murid telah terpilih untuk menerima zakat tersebut. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak UEM Sunrise Berhad di atas sumbangan yang diberikan. Semoga kerjasama ini akan berpanjangan dan dimurahkan rezki pihak tuan.