PROGRAM TAHUN 6 : CAKNA WARIS 2016

Program Cakna Waris telah pun dijalankan pada 30 Januari 2016 yang lalu. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan. 

Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh En. Noorhisham, GKBSM SK Beranang yang mana beliau merupakan bekas guru SK Bangi. Ceramah disampaikan dengan gaya lebih santai namun bersemangat dan mendapat maklum balas yang sangat baik daripada ibu bapa yang hadir.

Majlis diteruskan dengan pembentangan pencapaian Mata Pelajaran oleh Ketua Panitia setiap mata pelajaran dan pembentangan aktiviti tahun 6 sepanjang 2016.

Puan Hurul Ain menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak pentadbir sekolah dan penutup majlis adalah ucapan dan amanat daripada YDP PIBG Dr. Mohd Ridzuan.













MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS BAGI SESI 2016

Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Ciber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakanpada awal Januari yang lalu.

Tahniah kepada semua pemimpin murid yang telah terpilih dan dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan penuh rasa bertanggungjawab. 

Anda insan cemerlang

Tahniah juga kepada semua guru yang menjayakan Majlis ini.