PRROGRAM TRANSFORMASI DIRI

11 Januari hingga 13 Januari 2016, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi telah menganjutkan Program Transformasi Diri Murid tahap 2. Antara pengisian dalam program ini adalah
1. Solat sunat dhuha dan hajat berjemaah
2. Taklimat disiplin oleh Ketua Guru Disiplin
3. Taklimat mata pelajaran dan format peperiksaan oleh Guru Penyelaras Tahun (Akademik).
4. Slot Motivasi - Kenali Potensi Diri

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016, PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, sesi persekolahan minggu pertama berjalan lancar. Antara program yang diberi perhatian adalah Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang. Antara pengisian yang dijalankan dalam program tersebut adalah :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Lawatan ke sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas 
3. Taklimat disiplin dan peraturan
4. Taklimat keselamatan
5. Bacaan doa
6. Adab dan sahsiah
7. Senamrobik
8. Sukaneka
9. Taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling/Aktiviti Nyanyian (Releksasi)
10. Pengenalan kepada mata pelajaran
dan lain-lain

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan memupuk minat murid tahun satu untuk menjalani proses pembelajaran di sekolah. Dengan aktiviti yang dijalankan diharapkan murid-murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan seronok untuk datang ke sekolah.






Jadual Waktu Kelas 2016- 1/1/2016



























SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA WARGA SK BANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Datang Ke Sekolah kepada semua murid, anak-anak cemerlang SK Bangi yang baru dan lama...

Guru-guru SK Bangi berbangga menerima kehadiran semua murid ke sekolah. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan prestasi sekolah.

Kepada semua ibu bapa, iringilah langkah anak-anak kalian dengan doa dan redhailah setiap usaha mereka. Anak-anak cemerlang lahir daripada ibu bapa yang hebat.

Semoga kita semua menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. MULAKAN DENGAN NIAT KERANA ALLAH.. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama..