SELAMAT DATANG MURID-MURID BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

31 Disember 2015, SK Bangi melabuhkan tirainya dengan menyambut kedatangan murid-murid baru bagi meneruskan sesi pembelajaran 2016.

Pada hari ini, SK Bangi menerima seramai 25 orang murid Prasekolah dan 158 murid Tahun 1. Program Orientasi dan Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan kehadiran tahun 2016 memberi semangat baru kepada semua dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

"Seribu langkah bermula dengan langkah pertama".

Semoga SK Bangi terus cemerlang.

Terima kasih

PROGRAM TERDEKAT TAHUN 6, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Semoga semua warga SK Bangi dan ibu bapa telah bersedia untuk menempuh tahun baru 2016 dengan lebih bersemangat.

Berikut adalah makluman untuk perhatian kepada ibu bapa dan murid Tahun 6 sesi 2016 untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih

AGIHAN BUKU TEKS MURID TAHUN 6, 2016

Assalamualaikum

Pengagihan Buku Teks Tahun 6 (2016)

Ibubapa/penjaga murid tahun 5 (2015) diminta hadir ke sekolah untuk mengambil buku teks tahun 6 (2016) mengikut maklumat yang tertera dibawah. Agihan awal dilakukan supaya murid bersedia melangkah ke sekolah dengan azam baru dan bersemangat sebagai murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 2016.

Tarikh: 31 Disember 2015
Hari: Khamis
Masa: 8.00 - 12.00 tghari
Tempat: Makmal Sains

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor : 0134226678 Cikgu Nur Syukri Hidayati (guru SPBT SK Bangi)

Kerjasama Ibu bapa didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.