BENGKEL DALAMAN KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 5 2015

Kesinambungan daripada Program Cakna Waris Tahun 5 yang telah dijalankan bulan Ogos yang lalu, Bengkel Dalam Untuk Kecemerlangan Akademik Tahun 5 telah dijalankan bermula hari ini dan akan berakhir pada 9 Oktober 2015.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Guru-guru Mata Pelajaran teras bertindak sebagai penceramah dengan memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan dan sebagai salah satu kaedah ulangkaji mata pelajaran kepada semua murid tahun 5.

Program ini dijalankan bertujuan sebagai persediaan murid-murid sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini diberkatiNya dan membuahkan hasil yang terbaik sebagai persiapan untuk mengahadapi UPSR 2016.

Ujian Psikometrik Aptitud Tahun 3, 2015

29 September 2015, Ujian Psikometrik Aptitud Tahun 3 telah pun dilaksanakan dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi.

Penyelaras dan Setiausaha PBS telah memantau perjalanan ujian tersebut dengan dibantu oleh guru-guru mata pelajaran tahun 3.

Surat Siaran Berkenaan Isu Jerebu

Program Sepanjang September 2015

Beberapa program sekolah telah dijala nkan sepanjang bulan September ini khususnya bagi persediaan UPSR 2015.

Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program yang telah dirancang. Semiga usaha yang dilakukan ini diberkatiNya Yang Maha Esa.