KURSUS ASAS LANJUTAN PRS 2015

20 Ogos 2015 (Khamis) - Seramai 15 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 4 dan 5 SK Bangi telah menyertai Kursus Asas Lanjutan PRS 2015 anjuran bersama UBK SK Bangi, SK Bansar Bukit Mahkota dan SK Bandar Seri Putra bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota.

Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PRS yang telah mengambil bahagian dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan barisan pentadbir dari ketiga-tiga buah sekolah. Semoga kolaborasi ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.















 

MEDIUM PdP ALAF BARU - VLE FROG

Assalamualaikum...

Sudi-sudilah untuk menjengah link di bawah


https://saml.1bestarinet.net/module.php/core/loginuserpass.php?AuthState=_719ac4bddcb074fd702ad65eccc157f66ee93a0967%3Ahttps%3A%2F%2Fsaml.1bestarinet.net%2Fsaml2%2Fidp%2FSSOService.php%3Fspentityid%3Dhttps%253A%252F%252Fbba4018.1bestarinet.net%252Fsaml%252Fmodule.php%252Fsaml%252Fsp%252Fmetadata.php%252Fsaml.1bestarinet.net%26cookieTime%3D1440398593%26RelayState%3Dhttps%253A%252F%252Fbba4018.1bestarinet.net%252Fapp%252Flogin

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

14 Ogos 2015, Seluruh warga SK Bangi menyambut sambutan Hari Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 dengan bertemakan "Sehati Sejiwa". Majlis dimulakan dengan Nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa yang dipimpin oleh Uztaz Muhammad Salleh, Ucapan oleh En. Muhammed Edzhar selaku PK Kokurikulum merangkap Penyelaras Program seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar,En. Norazmi.

Majlis diteruskan dengan persembahan gimik pelancaran bulan kemerdekaan kemudian disusuli dengan laungan kemerdekaan oleh Guru Besar dan murid-murid, persembahan murid prasekolah dan murid tahun 4 dan 5 di akhiri dengan jamuan di tapak perhimpunan. Semua guru dan murid menikmati juadah yang disediakan bersama-sama di Dataran Perhimpunan. 


PROGRAM MENGGARAP KECEMERLANGAN, MENGGAPAI IMPIAN

7 Ogos 2015 (Jumaat)
Program tahun 6 berlangsung lagi. Program Menggarap Kecemerlangan, Menggapai Impian merupakan salah satu slot di bawah Program Kilauan Bangi. Slot ini melibatkan pembabitan ibu bapa/ penjaga dan murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015.  

Encik Wan Shuib, Penolong Pegawai PPD Hulu Langat sentiasa bermurah hati meluangkan masa bersama barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SK Bangi dalam menjayakan program ini yang bertujuan meningkatkan prestasi UPSR sekolah. Beliau menyampaikan motivasi berdasarkan analisa data pencapaian ujian-ujian yang telah dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dalam program ini. Guru Besar, Encik Norazmi berasa terharu dan amat berbangga di atas sokongan, komitmen dan kesungguhan ibu bapa bersama-sama pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2015.

Semoga usaha yang dijalankan ini diberkati dan membuahkan hasil yang terbaik. InshaAllah....








 

MAJLIS PERPISAHAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, ENCIK NOORHISHAM BIN HAMZAH

3 Ogos 2015 (Isnin), merupakan hari terakhir Guru Bimbingan dan Kaunseling GBK berkhidmat di SK Bangi. Beliau akan menyambung khidmatnya di SK Beranang setelah berkhidmat di sini selama 10 tahun 7 bulan. Perpindahannya merupakan suatu kehilangan yang besar bagi seluruh warga SK Bangi.

Moga Cikgu Hisham sentiasa cemerlang walau di mana berada. 
Kenang kami dalam doamu... doakan kecemerlangan anak-anak didik SK Bangi....











 

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS MUDA

3 Ogos 2015 (Isnin) yang lalu, Unit Pengawas SK Bangi telah mengambil inisiatif untuk membantu dalam pengawasan disiplin sekolah dengan melantik murid-murid dari kalangan murid Tahun 3 sebagai Pengawas Muda untuk menjalankan tugas semasa waktu rehat tahap satu.

Murid-murid dipilih berdasarkan kepada pencalonan daripada guru kelas yang melihat kepada kebolehan dalam kepimpinan, pencapaian yang baik dalam akademik dan sahsiah yang baik.

Tahniah kepada murid-murid yang terpilih. Diharapkan anda semua dapat menjalankan tugas dengan jayanya.