Majlis Jamuan Raya

Ramai bertanya bilakah SK Bangi akan mengadakan jamuan hari raya. Untuk makluman semua, setakat hari ini belum ada apa apa makluman. Cuma ada ibu bapa mengatakan jamuan itu adalah di sekolah agama.

Harap ibubapa dan murid-murid dapat menyampaikan informasi ini kepada rakan-rakan dan jiran-jiran.

Jika ada nanti, pihak sekolah akan maklumkan secara rasmi di perhimpunan sekolah.

Admin Mengundur Diri

Assalamualaikum, setelah 10 Tahun lebih berada di sekolah ini. Admin cuba lakukan yang terbaik bagi sekolah. Antaranya mewujudkan jalur informasi untuk warga SK Bangi melalui facebook, blog dan whatsapp.

Namun, bulan Ogos mencatat sejarah, admin terpaksa bertukar ke sekolah lain atas dasar keperluan dalam perkhidmatan.

Untuk itu, admin mohon maaf sebesar-besarnya selama bertugas di sini jika ada kesalahan, kesilapan antara admin dan anda semua.

Saya juga mohon undur diri. Terima Kasih atas doa-doa semuanya. Semoga anda terus hidup maju jaya bahagia selamanya.

Jubah Graduasi Tahun 6

--------------------------------
JUBAH KONVO SKB

Susulan Mesyuarat Agung PIBG yang lalu, pihak Jawatankuasa bersetuju membeli jubah konvokesyen atau majlis Graduasi untuk anak-anak SK Bangi dan tidak lagi meminjam/sewa dari pihak ketiga.

Untuk pertama kali, pihak sekolah ingin membuat tempahan sebanyak 45 helai termasuk 5 helai untuk para guru dan Dif jemputan.

Memandangkan kewangan yang ada tidak mencukupi untuk membiayai kos 45 helai jubah ini. Maka pihak AJK PIBG dengan ini membuka peluang khas kepada anda untuk membantu meringankan kos upah jahit dan kainnya.

Anggaran kos awal adalah RM75.00 sehelai. Tuan-puan boleh membantu sedaya yang mampu.

Untuk tindakan seterusnya boleh hubungi YDP atau NYDP PIBG.

Gerai Jualan Sempena Sukan

Gerai Sempena Sukan SK Bangi
-----------------------------------------------------
Kami menyediakan 12 tapak gerai untuk tuan/puan menyewa. Sila hadir ke pejabat sekolah untuk mendapatkan borang pendaftaran. Sila berhubung dengan PK Kokurikulum atau Setiausaha PIBG.

Siapa cepat dia dapat. Bergantung kepada terma dan syarat.

Tarikh Acara : 1 Ogos 2015

Koko Tiada Hari Ini

Rabu, 22 Julai 2015. Aktiviti koko tiada pada hari ini. Murid balik seperti biasa jadual hari Rabu.

Salam Aidil Fitri

Warga SK Bangi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ibubapa dan murid-murid.

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya

BANGI: 13 Julai 2015. Seramai 37 orang murid terdiri dari anak yatim dan miskin mendapat penghormatan menerima bantuan hari raya dari Yayasan Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS).

Puan Raja Ashikin Raja Ramli selaku pengendali program hadir bersama staf KUIS.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penderma, pengurus, penolong dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

Warga SK Bangi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ibubapa dan murid-murid sekalian. Selamat pulang ke kampung dengan hati-hati. 

Malam Terawikh di SKB Meriah

Berbekalkan semangat kerjasama, guru-guru SK Bangi tanpa mengira jantina telah memberikan seluruh tenaga, waktu dan ideanya untuk menjayakan program kali ini.

Tidak kurang penglibatan ibu bapa secara langsung khas nya Kak Leha dan keluarga yang turut membantu.

Jutaan terima kasih atas sumbangan ibu bapa dari tahap 1 dan 2. Sumbangan anda terlalu amat bermakna bagi warga SK Bangi.

Untuk Abang Aji atau Hj Salamon, terima kasih atas sumbangan air tebunya. Untuk Puan Masmizah terima kasih kerana sempat datang menghidupkan api.

Terima Kasih juga kepada ibubapa yang sudi, sempat hadir bagi bacaan doa bersama, solat hajat, terawikh dan mendengar tazkirah bersama. Semoga anak-anak anda diberikan kejayaan yang lebih baik dunia dan akhirat.

Senarai Nama Murid terima bantuan Zakat

Majlis akan di adakan pada hari Isnin Tarikh 13 Julai 2015.

Agihan Zakat dari UEM

SK Bangi : 9 Julai 2015. Majlis anugerah penyampaian zakat dari UEM kepada 10 orang murid SK Bangi selesai hari ini yang terdiri dari kategori murid miskin dan yatim.

Pihak Yayasan KUIS pula akan menyampaikan bantuan kpd 37 orang anak yatim dan miskin pada hari Isnin ini.