LAWATAN KECEMERLANGAN UPSR KE LANGKAWI

PENGUMUMAN LAWATAN KE LANGKAWI (4 hari 3 malam):

Setelah PIBG bermesyuarat berkenaan perkara di atas, mesyuarat telah bersetuju;
1. Murid yang mendapat 5A..TIADA BAYARAN dikenakan @ FREE.
2. Murid selain 5A yang mahu sertai lawatan dikenakn bayaran RM 300.00.
3. Guru Pengiring 4 orang dikecualikan bayaran @ Free.
4. Kepada guru-guru SK Bangi yang ingin turut serta CUMA dikenakn bayaran RM 150.00 seorang.
5. Ibu  Bapa Penjaga murid sekiranya ingin turut serta dialu-alukan.Bayaran RM 300.00 seorang.
        
Sekian, terima kasih.

Cuti Tambahan 12 November 2015

Makluman kepada semua yang berkenaan. Pihak sekolah mengumumkan 12.11.2015 (Khamis,)adalah hari cuti. Segala kesulitan amat dikesali.

Jumaat sekolah seperti biasa.

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DAN TAKLIMAT KESELAMATAN SIRI 2 2015

6 November 2015 (Jumaat), Unit Keselamatan SK Bangi telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Taklimat Keselamatan Siri 2 kepada semua warga sekolah. Program ini mendapat kerjasama daripada Pihak Bomba dan Keselamatan, Bandar Baru Bangi diketuai oleh Encik Mazlan bersama-sama 12 anggota bomba yang lain.

Demontrasi menyelamat murid yang terperangkap dalam kebakaran dan memadam kebakaran juga diadakan. Semua murid, guru-guru dan pekerja sekolah berkumpul di padang sekolah.
















 

KURSUS PRS PASCA UPSR 2015

13 OKTOBER 2015 
 
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi sekali lagi mengadakan program kolaborasi UBK bersama SK Bandar Seri Putra dan SK Bandar Bukit Mahkota. Program tersebut adalah Kursus PRS Pasca UPSR 2015 yang menggabungkan Pembimbing Rakan Sebaya daripada 3 buat sekolah terbabit.

Program dijalankan di Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Millenium, Beranang. 7 orang PRS SK Bangi telah menyertai program ni bersama-sama 42 orang PRS daripada SK BSP dan SKBBM.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.