Majlis Graduari Tahun 6 dan Prasekolah 2015, Penuh Warna-warni

31 Oktober 2015 (Sabtu), telah berlangsung Majlis Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah SK Bangi 2015. Majlis diadakan di Auditorium Genom, Institut Genom Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Encik Wan Shuib bin Wan Ahmad.

Tahniah buat semua murid tahun 6. Semiga kalian lebih berjaya di alam persekolahan menengah dan seterusnya.

Jamuan Pengawas 2015

28 Oktober 2015 yg lalu, Unit Pengawas SK Bangi telah mengadakan jamuan akhir tahun di PICC. Program tersebut telah diusahakan oleh jawatankuasa Unit Pengawas yang diketuai oleh Pn. Hjh. Misiah.

Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid yg terlibat.

Makluman Mengenai Tarikh Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks Murid

Peringatan mesra berkenaan perkara di atas :
1. Bagi murid Tahun 1, 2 dan 3, serah buku teks sahaja. Semua buku aktiviti tidak perlu serah (boleh simpan).

2. Bawa beg semasa hari pengagihan buku.

3. Pastikan semua buku teks mencukupi dan dibalut dengan plastik. Jika buku hilang atau rosak, ibu bapa atau penjaga murid perlu menggantikannya dengan buku baru. Pilihan terakhir adalah membayar gantirugi mengikut harga buku teks tersebut.

Diharap mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Daripada Penyelaras SPBT

Puan Nursyukri Hidayati

Hari Graduasi SK Bangi


SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PSV TAHUN 6 2015

Makluman kepada semua murid Tahun 6. Diharap dapat membuat persediaan sebaiknya. Rujuk maklumat yang diberikan.

Harap maklum.

Ujian Bahasa Arab dan Jawi

Assalamualaikum...makluman utk ibu bapa dan penjaga bagi murid2 berkenaan.

Exam BA dan JAWI
Tahun 5- JUMAAT ini 9/10
Tahun 1-6 ISNIN 12/10
Muktamad dipersetujui pentadbir

Harap maklum
Terima kasih

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAGI TAHUN 2016

Makluman ini ditujukan khas kepada murid Tahun 6 serta ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6, 2015. Diharap maklumat yg dipaparkan ini dapat membantu pihak anda mengambil tindakan yang sewajarnya.

PERTANDINGAN INOVASI KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT DAERAH

1 OKTOBER 2915, PERTANDINGAN INOVASI KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

3 orang murid Tahun 4 telah mewakili SK Bangi ke pertandingan tersebut yang diadakan di PPD Hulu Langat.

Sebanyak 6 buah sekolah telah terpilih untuk masuk ke pertandingan ini. Alhamdulillah, walaupun SK Bangi tidak menjadi juara dan mendapat tempat ke 5, pencapaian dan pengalaman ini dilihat sebagai suatu motivasi kepada murid dan guru untuk menyertainya lagi pada tahun-tahun alan datang.