Ladap 2015

Salam..Mesej Penting dari SU Ladap SK Bangi
Jika tuan-puan ada menghadiri kursus luar dan belum isi dlm web ladap, boleh lah cari masa untuk mengisinya.
Ini kerana ramai lagi yg tak lepas 7 hari (dlm setahun). Jika anda tak cukup tempoh dan berminat mengikut kursus yg ditawarkan dibawah ini boleh lah mendaftar :
Tajuk 1 :
Teknik Mudah Mengguna Sumber Internet dlm PdP
Penceramah : En.M.Azler Wahab
Masa : 
Tajuk 2
Manfaat aplikasi Hipnoterapi bagi guru untuk anak
Penceramah : En.Noorhisham
Tajuk 3 :
Jom Mahirkan diri dengan Excel
Penceramah : Pn.Azila Abdullah
Nota penting :
URL web ladap terbaru
Https://splkpm.moe.gov.my
Sila taip alamat penuh spt 👆👆

Pelancaran Bulan Panitia Agama

22 JUN 2015. ISNIN : Bangi, Panitia Agama Islam hari ini melancarkan program Panitia Agama Islam.

Kilauan Bangi

Permata Hati 2015

BANGI : Satu perjumpaan antara ibubapa anak murid yang terlibat dengan LINUS telah diadakan di Dewan Seri Bangi SK Bangi Selasa lalu.

Sasaran 70 orang ibubapa bagaimana pun tidak mendapat sambutan hangat. Hanya 20 orang yang hadir. Lebih malang kelas teristimewa.. Aspirasi tiada seorang pun ibubapa yang hadir.

Dalam pertemuan ini, En Zainuddin Zakaria selaku Penceramah dari PPD Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk memberi kan ceramah.

Beliau telah menyampaikan input bagaimana membantu anak-anak yang istimewa ini.

Walau bagaimana pun, pihak sekolah tetap meraikan kedatangan ibu bapa yang telah hadir walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai membasahi bumi Bangi.

Anak anda adalah Permata dunia.. Merekalah penolong anda di dunia, alam kubur dan akhirat nanti.

Doa bersama Darus Syifa'

Buat pertama kali dalam 20 tahun, pihak sekolah menjemput Darus Syifa'. Usaha ini dibuat oleh ahli jawatankuasa PIBG Dr Ridzuan Yaacob dan juga inisiatif Dr Fahmi.

Doa dibaca, garam ditabur, air direnjis, mudah-mudahan kian berlalu lah segala masalah yang melanda manusia selama ini.

Perjumpaan Ibu Bapa Murid LINUS

Makluman Program Motivasi ibu bapa murid LINUS

Pada :  17 jun 2015 Rabu
Masa : 8.00pg-12.00tghari
Tempat : Dewan warisan

Terlibat : 1k, 1b, 1a, 2b, 2a, dan 3a yang terpilih.

Solat Hajat bersama Darussyifa'

Assalamualaikum wr wbt,

Pihak sekolah dengan ini menjemput semua ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi acara khusus solat hajat memohon agar dijauhi sebarang gangguan makhluk halus.

Tarikh : 16 Jun 2015
Masa : Maghrib sampai Isyak
Tempat : Surau Az Zahrah SK Bangi

Sekian. Terima Kasih

Mohon dipanjangkan maklumat ini kepada semua warga SK Bangi yang lain.

Azri Aziz Alumni SKB ke9 kembali

Sudah 9 orang menurut apa yang admin telah maklum, meninggalnya alumni SK Bangi.

Antara lain

(L) Hari Haran
(L)Theva
(P) Meninggal dalam kebakaran
(P) Meninggal jangkitan virus denggi
Mohd Izzat (Pelumba Negara)
(P) Kanser Luekimia
(P) binti Ramzi
(L) Azri Aziz

Perkhemahan Pengakap

SK Bangi, seramai 4 org murid tahun 6 mewakili ke perkhemahan pengakap.

-Tengku arissa 6 a
-Nur maisarah azman 6k
-Nurhakimah 6k
-Airina 6k

Tarikh 1Jun hingga 5 jun 2015.
Tempat:  Kem Mutiara Semenyih

Adapun Negeri-negeri yang terlibat ialah Selangor, Perak, Melaka, Kedah, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah Sarawak dan Putrajaya.