Latihan Kebakaran SK Bangi

Mengejutkan..3 kelas tidak tiba di lokasi perhimpunan. Sedangkan orang lain berlari-lari takutkan rumah terbakar.

Begitulah situasi hari ini..gara-gara loceng kecemasan tidak sampai ke sasaran.. Menjadikan situasi bertambah cemas.

Tiada awal tiada akhirnya

Hari ini adalah hari terakhir bagi 6 orang guru praktikum. 

Biarpun tanpa kehadiran Amalina, majlis ringkas tetap berjalan lancar. Murid darjah 2&3 menangis bagaikan dikhianati rakan. Rupanya kerana kesedihan akan perpisahan. 3 bulan satu masa yang singkat. Kenangan pengalaman ilmu dan pengetahuan bersatu. Semoga mendewasakan bakal guru hebat masa hadapan.

Kem UPSR di Morib Meriah

Nampaknya akan ada kejutan pada tahun ini.. Demikian bisikan En.Saiful selaku penceramah motivasi pada malam pertama.

Murid-murid bangkit menyatakan azam barunya. Semangat guru yang luar biasa sanggup berkorban apa saja yang termampu patut dipuji.

Apa yang terharu kali ini, 3 orang murid yang kurang mampu ditanggung beres kos pemergian mereka oleh salah seorang penderma dikalangan ibu bapa.

Lawatan ke SBP Sains KL

Bangi. 16 Mei 2015. Seramai 40 orang murid terpilih di ikuti 4 orang guru telah tiba di SM Sains Kuala Lumpur.

Peserta mendapat pendedahan cara masuk ke SBP dan bagaimana mereka belajar.

Pelancaran Program The Champion

Atas idea dan juga arahan JPN Selangor, SK Bangi menyahut seruan supaya mengadakan team belajar berkumpulan. Pelancaran hari ini 13 April 2015.

Tahniah buat unit BnK atas usaha ini.

Team Bola Jaring

Hari ini penyampaian sijil penyertaan kepada team bola jaring SK Bangi. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian. Semoga hidup anda lebih maju dan berjaya.

Murid SKB Masuk TV

Video belum berjaya di upload.

Mesyuarat 3K bersama JKR

BANGI. 9 April 2015. Pihak sekolah sekali lagi menganjurkan mesyuarat 3K kali ke2.Kali ini melibatkan kehadiran pihak yang penting iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR). Kehadiran Wakil JKR Tn Hj Roslan, dan Mohd Nazi Mohd Nasim (Mengawal kawasan Bangi Lama sampai Kajang).Pihak sekolah diwakili Guru Besar, En.Norazmi, PK 1 Pn Hurul Ain, PK HEM Tn Hj Abdul Hamid, PK Koko, En. Edzhar, Setiausaha 3K, Pn Hafizah Osman, GBSM En Noorhisham dan Pn Azila Abdullah.




Program Didik Berita Harian

Murid SK Bangi masuk dalam surat khabar Berita Harian sempena program bersama Berita Harian di Genom baru-baru ini.


Pencapaian Awal Tahun

3 Orang murid berjaya mendapat 3A dalam ujian awal tahun. 



Berita Minggu Ini : 01 April 2015

Pihak Sekolah telah menghantar team bola jaring ke SK Taman Jasmin, dengan jersi baru yang di sponsor oleh salah seorang ibu murid menambah semangat juang anak murid pada tahun ini. Walaupun kita tidak mendapat tempat pertama, namun pengalaman sangat berguna untuk masa akan datang. Tahniah kepada Puan Yusfazura dan Puan Azila selaku pengurus pasukan, Juga En Edzhar selaku PK Koko yang banyak memberi sokongan. 

Pada 08 April pula, PRS telah menghantar 4 orang wakil pemain bowling di IOI Resort City Putrajaya. Mereka berentap dengan 30 pasukan lain dari sekolah yang berbeza. Ada beberapa buah sekolah menghantar 2 team untuk pertandingan ini.  


Pengalaman dalam hidup sangat penting. Yang membeza setiap manusia adalah ilmu dan pengalamannya.