Makluman Penyambungan SMS

Pihak SK Bangi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd ibubapa beragama Islam.Sekolah cuti sempena raya pd Isnin & Selasa shj.Rabu sekolah semula.Bg yg belum renew pkhidmatan SMS,bolehlah menghubungi PEJABAT SEKOLAH 0389201515

Karnival Kerjaya Dr Muda

SK BANGI TELAH MENYERTAI ACARA KARNIVAL DR MUDA DK SK BANDAR TEKNOLOGI. MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM DAERAH

























Dapatan hasil Kajian berdasarkan Modul Pemulihan Emosi Pelajar

Hasil kajian Soal Selidik Pemulihan Emosi Pelajar yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Bangi terhadap 21 orang calon UPSR (yang hadir ke sekolah) pada 24 September 2014.

Kajian ini bertujuan mengukur tahap trauma murid setelah penangguhan Peperiksaan UPSR 2014 buat pertama kali dalam sejarah, pihak UBK menggunakan MODUL PEMULIHAN EMOSI PELAJAR yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Soalan ini mengandungi 10 soalan. Berikut adalah hasil dapatan. :

6 orang perasaaan masih berasa gembira manakala 15 tidak berasa gembira.
13 orang berasa kecewa gara-gara penangguhan ini manakala 8 orang menjawab tidak
14 orang merasa cemas dan bimbang untuk menduduki UPSR manakala 7 orang tidak
6 orang murid mengaku kurang bersemangat manakala 15 orang lagi masih biasa.
17 orang murid dalam keadaan bersedia manakala 4 orang menjawab tidak.
17 orang mengaku ibubapa ada memberikan dorongan sebaliknya  4 orang menjawab tidak
19 orang ibubapa meletak harapan tingi kepadanya manakala 12 orang menjawab tidak
7 orang diberi kebebasan oleh ibubapa manakala 14 orang menjawab tidak
Semua murid (21 orang) menyatakan pihak sekolah ada membantu mereka dalam menangani krisis ini.
19 orang murid mengaku mendapat dorongan dari guru-guru manakala 2 orang menjawab tidak.