Gambar Program RIMUP Daerah Hulu Langat






Perkhemahan RIMUP Zon Bangi


Tarikh : 8-9 Nov 2013
Perkara : Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Zon Bangi
Jumlah murid : 80 orang
Sekolah Terlibat : SK Bangi, SJKC Yoke Min, SJKC Sin Ming, SJKT Bangi

Antara Pembangunan yang sedang berlaku

Pagar di cat baru- Tindakan Guru dan Murid Tahun 6 
Tandas- Penambahbaikan
 
 Memasang Tile
Penceriaan 
Menuju Keselesaan





MAJLIS KHATAM IQRA' 2013 (4 NOVEMBER 2013)































Syukur alhamdulillah, Majlis Khatam Iqra' 2013 peringkat sekolah anjuran Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam Iqra' Program j-QAF 2013 telah berjaya dilaksanakan pada 4 November 2013 (Isnin) yang lalu. Majlis dimulai dengan solat Zohor berjemaah dan bacaan doa oleh adik Wan Alif Adni dari kelas 2 Alamanda. Majlis diteruskan dengan acara Khatam Iqra' yang dipimpin oleh Ustazah Maiwastiaza, kemudian disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh Penyelia Petang, Puan Hajah Rusni Binti Hasbullah. Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid yang telah khatam iqra' dengan jayanya.

Seramai 20 orang murid tahun 1 telah berjaya khatam iqra' pada tahun ini. Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat membakar semangat murid lain yang belum khatam iqra' untuk khatam sebagaimana rakan-rakan mereka yang lain.

Pihak sekolah juga berharap agar dengan adanya majlis sebegini akan melahirkan anak-anak yang celik dan cintakan Al-Quran. Diharapkan segala usaha yang dijalankan seperti ini mendapat berkat dan rahmat dariNya Yang Maha Esa.