Rangkuman Berita Sepanjang Mei 2013

20 Mei 2013. BANGI.Selamat Datang di ucapkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru. Beliau ialah Pn Halimah binti Haron. Sementara itu Pn Hjh Norizah binti Rahmat telah dinaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau yang pernah mengajar di 4 buah sekolah sebelum ini merasa seronok dapat diterima sebagai salah seorang warga pendidik di SK Bangi. Sekolah beliau sebelum ini ialah SK Sg Ramal Dalam yang mana sebelumnya pernah berkhidmat di SK Sg Kantan Kajang.

18 Mei 2013 : BANGI.Warga Pendidik SK Bangi antara guru-guru dari 6 buah sekolah yang hadir pada hari ini bagi mendengar ceramah Seminar Integriti Warga Pendidik.

Seminar yang diadakan di dewan SMK Bandar Seri Putra ini bertujuan melahirkan guru yang lebih berintegriti di dalam dunia pendidikan.

Sementara itu, murid yang memenangi JOhan acara Sketsa Program Dr.Muda akan berlepas ke Klang Rabu ini untuk bertanding di peringkat negeri. Sama-sama kita berikan sokongan dan doa agar SK Bangi tetap JUARA.



Selamat Hari Guru


Sketsa Terbaik SKB 2013 di MOSTI


Program Konvensyen Kelab Doktor Muda
Daerah Hulu Langat
Tarikh : 9 Mei 2013

SK Bangi pada hari ini telah mendapat Juara 2 Bahagian.Satu Sketsa iaitu Lakonan seperti yang admin paparkan di atas dan kedua Buku Skrap Terbaik. Anak-anak yang menjuarai Sketsa ini akan pergi ke peringkat negeri.Doakan kejayaan mereka.

Guru-guru yang terlibat :
1. Puan Rusni Hasbullah
2.Pn.Lelawati Sukarni
3.Pn Leli
4. En.Zulhaimi