Sedang dilaksanakan

Sekian lama, Susur Gajah dinanti, kini baru ianya dapat dilihat akan menjadi kenyataan.



Masih mengharap bantuan kewangan jika ada mana-mana individu yang sudi menyumbang.

Berikut adalah foto terkini pembinaan surau 




Silingnya....


Cantikkan, namun masih memerlukan bantuan kewangan anda, mungkin untuk diniatkan pahalanya untuk arwah ibu dan ayah atau nenek/atuk yang sudah meninggal dunia sekian lama. Pahalanya untuk pembinaan surau dan kegunaan anak-anak ini berpanjangan selagi masih wujud surau ini di muka bumi ini.


Kem Kepimpinan Pengawas

Pemimpin mesti tegas dan berani. Berikut antara sebahagian objektif yang terdapat dalam kem kepimpinan pengawas selama 2 hari di SK Bangi.

Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis penutupan.
Kem ini bermula 25 dan berakhir pada 26 Januari 2013.


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

TARIKH :  (25 Januari 2013, Jumaat) Mula pendaftaran jam 3.30 ptg
                             hingga
                   (26 Januari 2013, Sabtu) dijangka tamat program jam 1.00 tengah hari
                 
  Kewujudan pemimpin muda di kalangan murid sekolah amat membantu pihak sekolah dalam melancarkan perjalanan bukan sahaja proses pembelajaran di dalam kelas, malah merangkumi semua aktiviti yang melibatkan akademik dan bukan akademikPemimpin yang dipilih seharusnya mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan sentiasa bermotivasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab bukan sahaja sebagai murid malah menjadi pemimpin muda di sekolah.

Program Kepimpinan Pengawas diadakan bagi meningkatkan motivasi diri pengawas-pengawas dan membentuk sahsiah diri pemimpin yang unggul agar mereka dapat menjadi pemimpin dan contoh yang baik kepada murid-murid lain.

Peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 89 orang peserta yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Makmal Komputer.
   
 Peserta program mula melapor diri bermula jam 3.30 hingga jam 4.00 petang.

Cikgu Mahadi menyampaikan taklimat tentang disiplin diri sepanjang program dan adab semasa berada di dalam surau sebelum program bermula.

Sambutan Maulidur Rasul


BANGI 25 JAN 2013.Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, SK Bangi telah menjemput Cikgu Noorhisham selaku penceramah.

Antara isi kandungan yang dikupas ialah, tujuan kedatangan Rasulullah ke dunia ini. Rasul bermakna pesuruh, manakala Nabi bermakna pemberitahu.Perkataan Nabi  berasal dari kalimat an-naba' maknanya cerita.

Nabi Muhammad adalah manusia biasa pada zahirnya, kerana beliau tetap lapar dan haus,namun beliau sangat luar biasa. Antara luar biasa beliau ialah.

1. Matanya, apabila melihat ke depan, nampak jua di belakang.
2. Jika mata tidur, hati tidak pernah tidur.
3. Mulut tidak pernah menguap.
4. Tidak pernah mengigau.
5.Tidak pernah dikacau jin hantu dalam mimpi.
6. Tiada bayang-bayang beliau di muka bumi
7. Apabila duduk disebelah orang yang tinggi, beliau kelihatan lebih tinggi.
8.Tidak pernah dihinggapi serangga ke tubuhnya.
9. Jinak binatang buas jika menghampiri beliau.
10. Sisa kumuh beliau tiada dimuka bumi ini.


Ustaz Suzrie sebagai pengerusi majlis.

Majlis di akhiri dengan jamuan makan yang disedekahkan oleh Dermawan Negeri Selangor, En Panir

Terima Kasih...Syukur

Tarikh Agihan Bantuan RM100 Tahun Satu

Makluman :

1. Tarikh pengambilan wang Bantuan RM100.00 bagi anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tahun satu ialah pada 29 Januari 2013 (Selasa). Jam 2.00-3.30 Petang (Rujuk Berita Sekolah)

2. Berita Sekolah akan dikeluarkan hari ini. Mohon buat semakan dengan anak-anak.

3. Hari ISNIN adalah cuti persekolahan sempena Sambutan Hari Thaipusam.


Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada murid beragama Hindu.


Admin


Denggi Membawa Maut

KAJANG. 21 Jan 2013.Admin hari ini menghadiri Taklimat Doktor Muda di PPD Hulu Langat.

Antara titik penting yang ingin disampaikan ialah, tahun 2012 seramai 4 orang meninggal dunia di kawasan berhampiran Bangi iaitu di Bukit Mahkota.

Angka ini sangat tinggi, admin berharap penduduk kawasan Bangi dan sekitarnya sentiasa menjaga kebersihan di rumah, sentiasa melakukan gotong-royong Denggi 10 minit setiap minggu.

Sayangi nyawa anda.

Perlawanan Persahabatan

20 Jan 2013. SK Bangi hari ini mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara team SK Bangi dan team SK Sri Jelok. SK Bangi yang menjadi tuan rumah menang tipis dengan kekalahan 5-6 kepada SK Sri Jelok.

Pada separuh masa pertama, SK Bangi menerima pukulan hebat dengan rembatan 5-0. Bagaimana pun, team SK Bangi bangkit pada separuh masa kedua.

Pemain harapan, Faizal tidak mengecewakan penonton yang datang memberikan semangat. Sepakan kencang Faizal sempat menembusi gawang sebanyak 2 kali.

Nampaknya anak buah Cikgu Firdaus ini perlu digilap lagi supaya lebih berketrampilan dalam bidang arena bola sepak.

Apapun, kita ucapkan tahniah atas usaha yang sangat baik ini.

Program Motivasi

BANGI.20 Jan 2013.Seramai 30 orang murid hari ini mengikuti program motivasi yang diadakan di UPM.

Program ini adalah anjuran pihak luar.Peserta terdiri dari pelajar darjah 5 dan 6.

Salam Sejahtera

MAKLUMAN: Mulai 19 Januari 2013. Semua berita-berita terkini akan dimuatkan ke blog dibawah ini sila klik untuk pada image tersebut untuk mendapat berita terkini.
atau Klik Sini

Salam dari Admin

Blog ini mengalami pertukaran Design sekali lagi untuk menambah keceriaan di tahun 2013. Terima Kasih tidak terhingga kepada sahabat baik admin iaitu Abdur Rozak dari Sabah yang telah membantu membina design terbaru ini.

Web SK Bangi www.skbangi.com akan mengalami masa tamat sewaan hosting, jika ada sesiapa yang ingin menderma untuk sewaan hosting selama setahun ini, (RM150.00) boleh menghubungi admin di afraima@yahoo.com. Tarikh tamat ialah pada bulan hujung bulan Januari.


Progam Cakna Waris
ibuBagi merealisasikan hasrat untuk mencapai kejayaan dalam akademik, satu perjumpaan antara guru dan ibu bapa murid tahun 6 di adakan pada 12 Januari 2013.
Dalam pertemuan ini, satu ceramah khas diberikan untuk menaikkan motivasi murid-murid dan ibu bapa,penceramah jemputan dari luar Encik Jamhari bin Saari (Pensyarah IPG Maktab Perguruan Raja Melewar).
GBSebelum ini, dalam ucapan guru besar, menyatakan bahawa kejayaan anak-anak ini bergantung juga kepada pengorbanan guru dan ibu bapa. Hasrat besar pada tahun ini ialah,mana-mana murid yang mendapat 5A dalam UPSR akan dibawa ke Negeri Sabah. Sungguhpun kata beliau, wang masih belum ada, namun harapan tinggi agar semua urusan dipermudahkan Allah SWT.
Program sebelum
Antara program yang telah dijalankan pada awal tahun ini ialah Program Maju Diri (PMD).Program ini melibatkan murid tahun 4,5 dan 6.Objektif PMD ialah membentuk hala tuju murid di dalam pembelajaran.

Jadual Belajar Sesi Petang

RALAT : JUmaat Petang : Pulang Jam 6.00