Berita 12 Jun 2013

2 orang murid mendapat bantuan kewangan dari Tabung Rakanku Sayang

Hari Ramah Mesra dan Sekolah Berganti

1. Makluman : Sekolah Ganti menggantikan cuti (Jerebu) tempoh hari ialah pada 13 Julai 1203.

2. Program Hari Ramah Mesra



Sekolah Kebangsaan Bangi sekali lagi melakar sejarah, pasukan kawat kaki telah memenangi tempat kedua dalam acara kawat kaki peringkat negeri.Syabas kepada En.Zulhaimi atas pengorbanan masa, wang, tenaga dan segala-galanya dalam memastikan impian ini tercapai.

Walaupun kita tidak mendapat JUARA, namun sudah sangat berpuas hati, kerana SK Bangi adalah asalnya sekolah luar bandar, namun murid-muridnya adalah murid sangat berambisi (bercita-cita tinggi).



WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN TAHUN 2013

Assalamualaikum kepada semua individu yang mengikuti blog SK Bangi, khususnya kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1 dan 2 (Sesi Petang) SK Bangi.

Mulai 10 Julai 2013 hingga 6 Ogos 2013 (sepanjang bulan Ramadhan), waktu tamat persekolahan bagi sesi petang TAMAT pada jam 5.30 petang sebagaimana yang telah diarahkan dalam SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 15 TAHUN 2013.


Pihak sekolah amat berharap ibu bapa dan penjaga murid-murid yang terlibat dapat menguruskan pengangkutan pergi balik dari sekolah bagi anak-anak masing-masing. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kelewatan pihak ibu bapa dan penjaga mengambil anak-anak masing-masing.

Jadual waktu sesi persekolahan sesi petang adalah sebagaimana berikut :
 

Diharap ibu bapa dan penjaga dapat mengambil tindakan sewajarnya  bagi memastikan keselamatan anak-anak masing-masing dan keselesaan bagi semua pihak.

Sekian, terima kasih.