Pendaftaran Prasekolah


MAKLUMAN

Mohon perhatian semua. Sukan 30 Jun 2013 di batalkan kerana masalah jerebu,hari Isnin persekolahan seperti biasa.

Admin

Makluman Tambahan

MAKLUMAN Isnin-Cuti Jerebu Selasa-Sekolah seperti biasa.(Sehingga diberitahu) Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kursus KSSR untuk guru Tahun 4 ditangguhkan sehingga 31 Ogos.

Aktiviti Kokurikulum anjuran PPDHL juga ditangguhkan. Begitu juga dengan pelaporan E-JQaf turut ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

 Kepada Guru-guru terlibat.

Anak didik yang memunyai athma atau asma mohon memakai mask atau topeng mulut sewaktu ke sekolah dan berada dalam kelas. Ibu bapa boleh merehatkan anak jika merasa kan cuaca tidak sesuai. Maklumkan pada guru kelas akan ketidakhadiran anak anda melalui sms atau surat.

KHEMAH IBADAH 21 - 22 JUN 2013

Sekalung budi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih daripada pihak sekolah kepada fasilitator-fasilitator yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi daripada KUIS. Semoga ilmu yang dikongsi bersama murid-murid Tahun 6 SK Bangi dapat memberi keyakinan dan membentuk jati diri unggul sebagai muslim dalam diri murid-murid.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program Khemah Ibadah ini. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat berkat dari Illahi.

Majlis Penutup Program Khemah Ibadah dirasmikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Puan Halimah Binti Haron.

Murid-murid Tahun 6 yang mengikuti Program Khemah Ibadah 2013.

PENANGGUHAN KURSUS KSSR

Makluman daripada GPK Pentadbiran, Puan Hajah Norizah kepada semua guru yang berkenaan;

Kursus KSSR yang bermula 21 Jun 2013 akan ditangguhkan sehingga 31 Ogos 2013.
Harap maklum.

CUTI JEREBU

Assalamu alaikum dan Salah Sejahtera. PENGUMUMAN. Esok Isnin 24 Jun 2013 SK Bangi turut bercuti sebagaimana pengumuman di TV3 sebentar tadi.

Sukan Tahunan 2013


Kawat Kaki Naib Johan Peringkat Daerah Hulu Langat

18 Jun 2013.BANGI.Tahniah di ucapkan kepada semua peserta kawat kaki, lebih-lebih lagi kepada guru pengiring, merangkap tenaga pengajar kawat kaki SK Bangi, En Zulhaimi di atas kemenangan yang menambah harum nama SK Bangi di peringkat daerah yang baru baru ini telah mendapat Naib Johan dalam acara kawat kaki peringkat daerah.

Admin dimaklumkan oleh salah seorang ibu kepada peserta kawat kaki, anaknya pulang dengan kegirangan. Turun sahaja dari bas..dia terus melaung...Mak!!!!Kami menang!!!.. Dapat Naib Johan!!!... Suara-suara ini membuat keletihan melatih mereka terasa berbaloi.

Mesyuarat Dalaman



Galakan Mempelajari Al-Qur'an


Majlis Hari Ini 14 Jun 2013