Tapak Surau Az-Zahrah di SK Bangi

 
Tapak Asal, sebelah bilik J-Qaf, disinilah bakal berdirinya sebuah surau yang akan digunakan untuk solat berjamaah dan kegiatan keagamaan sepanjang ianya masih wujud.
Gambaran surau yang dibuat oleh En.Dzulhazman, selaku Timbalan YDP PIBG. Tahniah atas usaha ini tuan, semoga Allah akan membalas yang terlebih baik untuk tuan sekeluarga.
Pandangan dari atas
Pandangan di dalam surau
Pandangan 3D
Tempat berwuduk
Akaun dalam bank Islam yang ada sekarang
Nombor Akaun Bank Islam
Tanah inilah akan didirikan sebuah surau impian kita semua suatu hari nanti, mohon kepada semua penderma yang budiman, alumni, mantan guru, murid dan juga ibu bapa yang pernah anaknya mengaji, belajar dan menuntut ilmu di sini, agar dapat menginfakkan sedikit sebanyak ke jalan agama ini.
Pihak MAIS telah memacak kayu penanda aras kiblat.
penanda aras kiblat di sahkan oleh MAIS



Tak jauh dari lokasi makmal komputer

Karnival Tadarus Al-Qur'an Berjalan Lancar

SK Bangi, semakin hari semakin ceria.


BANGI: 25 FEB 2012.Hari ini berlangsung 6 acara serentak di SK Bangi.Antara acara yang dipertandingkan dalam Karnival ini ialah Kompang Selawat, Nasyid, Hafazan Lelaki dan Perempuan, Bercerita,  Tilawah Lelaki dan Perempuan.

Guru-guru SK Bangi telah bersedia semenjak 3 minggu yang lalu untuk mempersiapkan segala keperluan berkaitan dan hari ini, segalanya ebrjalan lancar.

Terima Kasih pada semua sekolah yang telah memberi pinjam peralatan PA System. Antaranya SK Cyber Jaya, SK Bandar Sri Putra, SK Yoke Min, Surau Al-Muhajirin Seksyen 3 Bukit Mahkota, orang perorangan yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung.

Johan keseluruhan dimenangi oleh SK Bangi. Manakala peserta Nasyid mendapat Johan Kedua.

SK Bangi dilantik sebagai tuan rumah KTQ 2012 Zon Bangi


BANGI.22 Feb 2012. Puan Siti Zaharah selaku Guru Besar mempengurusikan mesyuarat dengan panel hakim. Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Bangi dipilih sebagai tuan rumah untuk 8 acara yang akan dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Kompang Selawat, Nasyid, Hafazan dan bercerita.

Makluman 14 Feb 2012


Kecil-kecil Cili Api.Mungkin itu yang patut kita beri jolokan kepada Nur Naimi Sahira atas pencapaian beliau menjuarai tennis peringkat Daerah Hulu Langat. Untuk rekod Naimi dari kelas 4 Jupiter kini sedang berlatih untuk memasuki skuad MSSR.

Kepada Naimi, pihak sekolah memberi sokongan seratus peratus, lihat kehadiran Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum serta ibu bapa Naimi untuk memberi sokongan. Jangan gentar menghadapi lawan, motivasi untuk menang perlu kuat, katakan 'aku boleh', buktikan nanti bahawa Naimi memang boleh.

Dana Untuk Pembelian PA Sistem (untuk dipasang pada bangunan utama, bagi kegunaan menyampai maklumat satu sekolah) sudah ada sebanyak RM200.00. Masih memerlukan dana RM600.00. Sumbangan penderma untuk mewakafkan amat diharapkan.
Makluman : SK Bangi telah dilantik sebagai tuan rumah bagi pertandingan Karnival Tadarus Al-Qur'an 2012.

SEKOLAH GANTI

Makluman 25 Feb 2012 - Adalah Hari Persekolahan (Ganti)